Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bertempur lepas tentera Russia mendarat di Kharkiv

Moscow perhebat serangan atas Kyiv, menara TV dibom
Mar 3, 2022 | 5:30 AM
UBAH TAKTIK: Russia mengebom sebuah menara television di Kyiv kelmarin bagi memperhebat gerakannya di sekitar kawasan bandar Ukraine. Tindakan itu dilihat sebagai perubahan taktik selepas enam hari pencerobohannya. - Foto REUTERS
UBAH TAKTIK: Russia mengebom sebuah menara television di Kyiv kelmarin bagi memperhebat gerakannya di sekitar kawasan bandar Ukraine. Tindakan itu dilihat sebagai perubahan taktik selepas enam hari pencerobohannya. - Foto REUTERS -

KYIV: Pertempuran meletus semalam sebaik saja gerombolan tentera Russia yang tiba melalui udara mendarat di Kharkiv, sebuah bandar di timur Ukraine.

Sebuah hospital di bandar itu diserang, menurut satu kenyataan tentera yang disiarkan di laman media sosial Telegram.

"Pertempuran terus berlaku antara tentera penceroboh dan askar Ukraine."

Kharkiv, yang sebahagian besar penduduknya berbahasa Russia, adalah sebuah bandar berhampiran sempadan Russia dengan penduduk berjumlah sekitar 1.4 juta.

Bandar ini menjadi sasaran tentera Russia sejak Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, melancarkan serangan ke atas Ukraine Khamis lalu.

Kelmarin, Russia mengebom sebuah menara television di ibu kota Kyiv bagi memperhebat gerakannya di sekitar kawasan bandar Ukraine.

Tindakan itu dilihat sebagai perubahan taktik selepas enam hari pencerobohannya.

Seorang pegawai Amerika Syarikat mengatakan terdapat deretan kenderaan berperisai sepanjang satu kilometer tetapi mereka tidak juga mara sepanjang 24 jam lalu, dipercayai kerana kekurangan bekalan minyak dan makanan, atau mungkin sedang memikirkan pertukaran taktik.

Kementerian Pertahanan Russia menggesa penduduk Kyiv meninggalkan rumah masing-masing kerana ia akan melancarkan serangan di beberapa kawasan tidak dinamakan yang digunakan oleh pasukan keselamatan dan perhubungan Ukraine.

Di Borodyanka, 50 kilometer dari ibu kota Kyiv, serangan udara Russia memusnahkan dua bangunan kediaman kelmarin, menurut Timbalan Menteri Luar Ukraine, Encik Emine Dzhaparova, yang turut menyiarkan rakaman video bangunan-bangunan diselubungi asap dan separuh musnah serta beberapa unit apartmen dijilat api.

Kementerian Pertahanan Ukraine juga mengatakan pihaknya khuatir serangan itu dilancarkan dari Belarus.

Sementara itu sekurang-kurangnya 660,000 orang telah meninggalkan Ukraine sepanjang lima hari sejak serangan Russia itu.

Sebahagian besar mereka menyeberang sempadan masuk ke wilayah Poland.

Akhbar New York Times melaporkan semalam beberapa warga Afrika yang tinggal di Ukraine terkandas beberapa hari di sempadan dalam kesejukan di tempat terdedah tanpa makanan.

Mereka dikatakan dihalang pihak berkuasa Ukraine yang mendorong mereka ke barisan paling belakang, dengan ada daripada mereka dipukul, sementara rakyat Ukraine didahulukan.

Kesatuan Afrika dan Presiden Muhammadu Buhari bagi Nigeria mengutuk tindakan itu, yang turut dilaporkan oleh beberapa media sosial.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Ukraine, Encik Anton Heraschenko, menafikan dakwaan itu.

"Semuanya mudah," katanya. "Kami melepaskan dulu wanita dan kanak-kanak. Lelaki warga asing harus tunggu. Kami akan melepaskan semua warga asing tanpa halangan," ujarnya dalam satu jawapan bertulis.

"Begitu juga dengan orang kulit hitam," tambahnya.

Tetapi menurut Dr Chineye Mbagwu, 24 tahun dari Nigeria yang berada di situ, lelaki warga Ukraine kelihatan dilepaskan.

Apabila giliran wanita berkulit hitam mahu menyeberang, mereka mengatakan "Dahulukan wanita-wanita kami," kata doktor wanita dari Afrika itu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg