Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bertumbuk di majlis nikah dalam masjid dek wang hantaran tak cukup

Mar 29, 2016 | 10:56 AM



KUALA LUMPUR: Seorang bakal pengantin lelaki ditumbuk dalam satu pergelutan yang berlaku dalam satu majlis akad nikah di sebuah masjid di Kuala Lumpur pada Ahad (26 Mac).



Majlis di Masjid Jamek Al-Khadijah di Pantai Dalam itu dihentikan kerana lelaki berusia 27 tahun itu tidak dapat menyediakan wang hantaran untuk pengantin perempuan, yang telah dipersetujui sebanyak RM15,000 ($5,100).



Lelaki itu dipukul oleh seorang saudara-mara pengantin perempuan apabila beliau dan keluarganya mengambil keputusan meninggalkan masjid.



Sebuah video pergaduhan itu, yang menjadi viral selepas disiarkan di Facebook oleh Kosmo! Online, menunjukkan ahli keluarga menjerit dan memaki maki satu sama lain.



Malah, bakal pengantin perempuan dilihat menarik tudung seorang wanita lain.



Satu sumber memberitahu akhbar The New Straits Times bahawa keluarga lelaki pada mulanya meminta keluarga perempuan apakah wang hantaran boleh ditetapkan sebanyak RM7,500.



"Bagaimanapun, keluarga wanita menolak permintaan itu, dan berkeras meminta RM15,000," kata sumber itu.



Keluarga lelaki akhirnya bersetuju akan jumlah itu, dengan RM10,000 dibayar secara ansuran sebelum perkahwinan dan bakinya selepas itu, tambah sumber tersebut.



Namun walaupun RM10,000 sudah dibayar, keluarga wanita dikatakan enggan meneruskan majlis tersebut melainkan mereka dibayar baki RM5,000.



Pengantin lelaki dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan bergaji RM1,500 sebulan.



Pasangan itu telah bercinta kira-kira tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >