Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden akan temui 2 pemimpin Afghanistan, bincang pengunduran tentera AS

Jun 22, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Afghanistan, Encik Ashraf Ghani dan Pengerusi Majlis Tinggi bagi Perdamaian Kebangsaan Afghanistan, Dr Abdullah Abdullah, pada Jumaat ini bagi membincangkan soal pengunduran tentera Amerika di tengah-tengah peningkatan pertempuran antara tentera Afghanistan dengan pihak Taliban di serata negara itu.



Dalam pertemuan secara semuka buat kali pertama itu, Encik Biden akan memberi jaminannya kepada Encik Ghani dan Dr Abdullah akan sokongan Amerika untuk rakyat Afghanistan termasuk dalam soal diplomatik, ekonomi dan bantuan kemanusiaan.



Encik Biden juga akan mengulangi ikrar bagi memastikan negara itu tidak menjadi 'pusat selamat' untuk para pengganas.



"Lawatan Presiden Ghani dan Dr Abdullah akan menonjolkan hubungan kukuh antara Amerika dan Afghanistan sedang pengunduran tentera terus dilakukan," menurut Rumah Putih.



Sejak Encik Biden memutuskan pada April lalu untuk mengundurkan keseluruhan tentera Amerika sebelum 11 September tahun ini bagi mengakhiri peperangan paling lama Amerika selama hampir 20 tahun, sekurang-kurangnya 30 daerah telah berjaya dirampas pihak Taliban.



Kepimpinan Taliban dalam pada itu beriltizam mengadakan rundingan damai tetapi inginkan sistem Islam yang tulen di Afghanistan bagi memelihara hak wanita selari dengan tradisi budaya dan agama.



Ketua pejabat politik Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar, berkata isu berhubung perkara itu sesuai dibangkitkan pada sesi rundingan di Doha, Qatar.



"Kami faham dunia dan rakyat Afghanistan sudah tentu akan bertanya apakah bentuk sistem yang akan diterapkan selepas pengunduran pasukan tentera asing.



"Sistem Islam yang tulen adalah penyelesaian terbaik kepada semua isu berbangkit di Afghanistan.



"Jadi, penyertaan kami dalam sesi rundingan menunjukkan bahawa kami percaya dapat menyelesaikan masalah melalui persefahaman bersama," katanya dalam satu kenyataan.



Mullah Baradar berkata, kaum wanita dan minoriti akan dilindungi manakala diplomat serta badan bukan kerajaan (NGO) boleh bertugas dengan selamat.



"Adalah menjadi komitmen kami untuk memenuhi hak semua rakyat negara ini, sama ada mereka lelaki atau wanita.



"Dengan bersandarkan Islam dan tradisi terhormat masyarakat Afghanistan, wanita juga akan diberikan peluang pendidikan dan pekerjaan," katanya.



Kenyataan itu dibuat ketika kemajuan rundingan antara Taliban dan wakil kerajaan Afghanistan yang berlangsung di Qatar dilihat bergerak perlahan.



Dalam pada itu, keganasan meningkat di negara terbabit menjelang pengunduran tentera asing terutama pasukan Amerika menjelang 11 September.



Beberapa pihak sebelum ini menyatakan kebimbangan berhubung rundingan damai itu selain mendakwa Taliban belum mengemukakan cadangan perdamaian bertulis yang boleh digunakan sebagai titik permulaan sesi rundingan berkenaan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >