Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden akan temui pemimpin Jepun, India dan Australia di alam maya

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, akan mengambil bahagian dalam satu pertemuan dalam talian bersama pemimpin Jepun, India dan Australia esok, umum Rumah Putih kelmarin.



Ia pertemuan peringkat pemimpin pertama dalam kumpulan yang dilihat sebagai sebahagian usaha mengimbangi peningkatan kekuatan ketenteraan dan ekonomi China.



Jurucakap Rumah Putih, Cik Jen Psaki, berkata pertemuan negara kumpulan 'Quad' itu menunjukkan betapa Encik Biden meletak kepentingan besar terhadap sekutu Amerika dan rakan kongsi di rantau Indo-Pasifik.



Cik Psaki berkata pelbagai isu yang dihadapi masyarakat global dijangka dibahas, "daripada ancaman Covid-19, kepada kerjasama ekonomi dan krisis iklim".



Secara berasingan, seorang pegawai kanan pentadbiran berkata kepada Reuters: "Ini memberi isyarat amat kuat mengenai alasan dan tujuan bersama. Tujuannya ialah memperkenal Quad sebagai ciri baru diplomasi biasa di Indo-Pasifik."



Beliau menambah bahawa pertemuan itu merancang mengumumkan perjanjian pembiayaan bagi menyokong peningkatan keupayaan pembuatan vaksin koronavirus di India, sesuatu yang didesak New Delhi untuk menentang diplomasi vaksin China yang semakin meluas.



Tujuannya ialah mengurangkan kelewatan pembuatan, vaksinasi cepat, dan mengalahkan beberapa mutasi koronavirus, kata pegawai itu lagi.



Sebilangan kapasiti vaksin tambahan akan digunakan dalam usaha vaksinasi di negara Asia Tenggara untuk bekerjasama dalam memastikan program vaksin selamat, adil dan berpatutan di wilayah Indo-Pasifik.



Pegawai itu berkata perbincangan tersebut dijangka berlangsung sekitar dua jam, dan menjadi landasan bagi satu pertemuan secara langsung akhir tahun ini.



India, Australia dan Jepun semuanya "dicabar secara langsung oleh China dalam beberapa tahun lalu," ujar pegawai itu, sambil berkata pertemuan itu bertujuan menggarap "visi berbeza untuk masa depan" di rantau tersebut.



Kementerian Ehwal Luar India mengatakan kumpulan pemimpin itu akan menangani "isu-isu serantau dan global kepentingan bersama, dan bertukar-tukar pandangan mengenai bidang kerjasama praktikal ke arah mempertahankan rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan inklusif".



Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison, berkata kepada wartawan bahawa pertemuan itu akan memberi tumpuan pada keselamatan serantau dan perubahan iklim.



Amerika sedang berusaha mengukuhkan hubungan dengan sekutu utama sedang China mengambil pendekatan dasar luar yang semakin tegas di rantau Indo-Pasifik dan di kawasan lain dunia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >