Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden ancam tindak balas jika Korea U teruskan ujian misil

Mar 27, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Encik Joe Biden kelmarin memberi amaran kepada Korea Utara bahawa Amerika Syarikat "akan melakukan tindak balas sewajarnya" jika ia terus mempertingkat ujian senjatanya, selepas Pyongyang melepaskan dua peluru berpandu balistik ke laut dalam satu provokasi jelas terhadap pentadbiran Amerika yang baharu.



Korea Utara yang punya keupayaan senjata nuklear, diketahui punya sejarah panjang dalam menggunakan 'ujian senjata' bagi meningkatkan ketegangan, dalam satu proses yang dilakukan dengan sepenuh perkiraan demi mencapai matlamatnya.



Korea Utara telah melakukan apa yang dianggap sebagai ujian peluru berpandu balistik pertama sejak Encik Biden mengetuai pentadbiran Amerika yang baharu.



Ketua bersama turus tentera Seoul dalam satu kenyataan menyatakan bahawa 'roket tidak diketahui' itu dilancarkan ke Laut Jepun, yang dikenali sebagai Laut Timur di Korea.



Korea Utara yang memiliki senjata nuklear dilarang membangunkan peluru berpandu balistik di bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Namun, ia telah membuat kemajuan pesat dalam kemampuannya di bawah pemimpin Kim Jong-un, menguji peluru berpandu yang mampu mencapai seluruh benua Amerika Syarikat ketika ketegangan meningkat pada 2017.



Kejadian kelmarin berlaku selepas Pyongyang menembak dua peluru berpandu jarak pendek, bukan balistik ke arah barat menghala ke China pada hujung minggu.



Ia susulan lawatan oleh Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan, Encik Lloyd Austin, ke wilayah itu untuk membincangkan masalah kerjasama dan keselamatan di rantau ini, dengan Korea Utara dianggap sebagai pusat ancaman.



Encik Biden berkata, Amerika Syarikat akan "berunding dengan sekutu-sekutu dan rakan-rakan kami", dan memberi amaran kepada Korea Utara bahawa "akan berlaku tindak balas jika mereka memilih untuk meningkatkan (ujian). Kami akan memberi respons sewajarnya".



"Saya juga bersedia bagi mengadakan semacam bentuk diplomasi, tetapi ia harus berasaskan keputusan mengakhiri penggunaan senjata nuklear," katanya.



Ketua Bersama Turus Tentera Seoul berkata, dua peluru berpandu jarak pendek telah dilancarkan dari wilayah Selatan Hamgyong.



Ia bergerak sejauh 450km dan mencapai altitud maksimum 60km, menurut ketua bersama turus tentera, dan selepas satu mesyuarat tergempar, Majlis Keselamatan Nasional Korea Selatan menzahirkan "keprihatinan mendalam" terhadap pelancaran peluru berpandu itu.



Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga berkata, tindakan Korea Utara itu "mengancam keamanan dan keselamatan negara dan rantau kita. Ia juga mencabuli resolusi PBB". - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >