Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden beri amaran akan bertindak tegas jika Russia ceroboh Ukraine

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden, memberi amaran kepada rakan sejawat dari Russia, Encik Vladimir Putin, mengenai tindak balas keras jika berlaku sebarang pencerobohan ke atas Ukraine.



Pemimpin Kremlin pula menegaskan, sekatan anti-Moscow yang dipelopori Amerika adalah 'kesilapan besar'.



Selepas panggilan telefon selama 50 minit, yang kedua dalam tempoh lebih tiga minggu, kedua-dua presiden menyatakan sokongan untuk diplomasi lanjut mengenai kebuntuan antara Russia dengan Ukraine yang disokong Barat.



Encik Putin secara keseluruhannya 'gembira' dengan rundingan itu, kata penasihat dasar luar Russia, Encik Yury Ushakov, kepada pemberita.



Beliau juga merujuk kepada ancaman sekatan ekonomi yang berulang kali dibuat oleh Washington sebagai tindak balas kepada serangan Ukraine dan berkata perkara itu akan menjadi 'kesilapan besar'.



"Kami berharap ini tidak akan berlaku" katanya



Encik Ushakov juga menegaskan Russia sedang mencari 'hasil' konkrit dalam rundingan Januari di Geneva manakala Rumah Putih berkata ia juga mahu melihat tentera Russia berundur dari sempadan Ukraine.



Seorang pegawai kanan Amerika yang enggan dikenali berkata nada perbincangan antara dua pemimpin itu adalah 'serius dan substantif'.



Namun, kededua pihak tidak berselindung mengenai perselisihan pendapat atau risiko besar di pinggir Eropah timur, dalam perbualan sebelum rundingan tertutup antara pegawai tinggi Russia dan Amerika pada 10 Januari ini.



Setiausaha Akhbar Encik Biden, Cik Jen Psaki, dalam satu kenyataan berkata, Presiden Amerika itu sudah menegaskan bahawa Amerika dan sekutu serta rakan kongsinya akan bertindak balas dengan tegas jika Russia meneruskan rancangan menyerang Ukraine.



"Presiden Biden mengulangi bahawa kemajuan substantif dalam dialog ini boleh berlaku hanya dalam persekitaran di mana ketegangan diredakan, bukan sebaliknya," kata Cik Psaki.



Dalam kenyataan selepas panggilan itu, Kremlin menegaskan Encik Biden memberitahu Encik Putin bahawa senjata serangan Amerika tidak akan digunakan di Ukraine.



Rumah Putih, bagaimanapun, berkata Encik Biden hanya mengesahkan dasar sedia ada negara itu berhubung tindakan ketenteraan.



"Presiden Biden menjelaskan bahawa Amerika terus memberikan bantuan keselamatan pertahanan kepada Ukraine dan tidak akan membekalkan senjata bagi serangan.



"Ini sebenarnya bukan komitmen baru, sebaliknya sudah lama menjadi dasar Amerika," kata seorang pegawai AS kepada agensi berita AFP.



Pegawai Amerika itu turut mengulangi amaran mengenai sekatan ekonomi besar-besaran yang disokong oleh Washington dan Kesatuan Eropah (EU) jika Russia terus menyerang Ukraine.



"Encik Biden membentangkan dua laluan, satu adalah jalan diplomasi... dan satu lagi jalan yang lebih bersifat pencegahan, dengan akibat yang besar," katanya.



Awal bulan lalu, akhbar The Washington Post mendedahkan bahawa Russia dijangka mengerahkan 175,000 tentera bagi menceroboh Ukraine dan difahamkan rakaman satelit terkini mengesahkan perkara itu.



Menteri Pertahanan Ukraine, Encik Oleksiy Reznikov, dipetik agensi berita AFP menyatakan Russia dijangka mengerahkan sekitar 100,000 tentera berdekatan sempadan.- AFP




"Presiden Biden menjelaskan bahawa Amerika terus memberikan bantuan keselamatan pertahanan kepada Ukraine dan tidak akan membekalkan senjata bagi serangan. Ini sebenarnya bukan komitmen baru, sebaliknya sudah lama menjadi dasar Amerika."
- Seorang pegawai Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >