Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden cuba tenangkan keluarga mangsa tembakan di sekolah di Texas

May 31, 2022 | 05:30 AM



UVALDE, TEXAS: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, cuba menenangkan keluarga mangsa di pekan Uvalde, selatan Texas, susulan kejadian tembakan yang berlaku di sebuah sekolah rendah - tragedi terburuk negara itu dalam sedekad - sedang pegawai federal mengumumkan mereka akan menyemak tindak balas lembap pihak berkuasa tempatan terhadap serangan tersebut.



Kemarahan terus membuak menyusuli keputusan agensi penguatkuasa undang-undang di Uvalde membenarkan penembak yang juga pembunuh itu kekal dalam sebuah bilik darjah selama hampir sejam sedang pegawai penguatkuasa menunggu di kawasan dewan, dengan kanak-kanak yang terperangkap dalam bilik darjah membuat panggilan kecemasan 911 bagi mendapatkan pertolongan.



Presiden dan Wanita Pertama, Cik Jill Biden, menyapu air mata semasa melawat pusat peringatan di Sekolah Rendah Robb di mana penembak itu membunuh 19 murid dan dua guru, dan meletakkan bunga mawar putih dan memberi penghormatan untuk mangsa.



Dalam pada itu, mangsa yang terselamat dalam kes tembakan rambang itu mula menceritakan pengalaman ngeri mereka termasuk ada yang melumurkan darah rakan ke badan sendiri dan berpura-pura 'mati'.



Kebanyakan kanak-kanak yang trauma akibat tragedi Selasa lalu itu baru sekarang buka mulut, ketika orang ramai mengecam pihak polis kerana lambat bertindak memberkas penembak tunggal, Salvador Ramos, 18 tahun.



Orang ramai yang berkumpul di tengah dataran untuk memberi penghormatan kepada mangsa, mula 'dihantui' dengan kisah diceritakan mangsa yang terselamat. Malah, ramai mangsa berpura-pura mati bagi mengelakkan ditembak.



Antaranya, Miah Cerrillo, 11 tahun, mengakui bertindak melumur darah rakannya yang mati ke badan sendiri dan berpura-pura sudah tidak bernyawa serta berdoa tidak ditembak dalam tragedi itu.



Miah memberitahu rangkaian berita kabel CNN, ketika serangan, murid di kelasnya sedang menonton Lilo and Stitch sebagai sebahagian daripada sambutan akhir tahun apabila penembak memasuki bilik darjahnya.



Sebelum itu, memang sudah tersebar berita mengenai lelaki bersenjata di kawasan sekolah.



"Tetapi, ketika seorang daripada guru mahu menutup pintu bilik darjah sebagai langkah keselamatan, lelaki bersenjata itu muncul di muka pintu.



"Lelaki bersenjata itu bertentang mata dengan guru berkenaan dan menembak ke arah luar pintu.



"Penembak itu kemudian memandang mata guru berkenaan dan sempat berkata, 'selamat malam', sebelum menembak guru itu yang menjadi seorang daripada mangsa maut dalam serangan berkenaan," kata Miah.



Tambah Miah, selepas melepaskan tembakan di bilik darjahnya, Ramos masuk ke dalam bilik darjah bersebelahan dan melepaskan tembakan.



Pada ketika itu, dia dapat mendengar lebih banyak jeritan dan tembakan bertubi-tubi, sebelum lelaki bersenjata itu mula memainkan muzik sedih.



Semasa lelaki bersenjata itu berada di bilik darjah lain, Miah bertindak mengambil darah rakannya yang sudah terkena tembakan dan melumurkan ke seluruh tubuhnya serta berpura-pura mati.



Dia dan rakan lain yang terselamat mengambil telefon bimbit guru yang sudah mati untuk menghubungi 911 bagi mendapatkan bantuan.



Menurut Miah, keseluruhan serangan itu dirasakan sangat lama, mungkin sehingga tiga jam, sedangkan pada hakikatnya semua berlaku dalam tempoh sejam.



"Saya tidak faham mengapa polis tidak masuk dalam bangunan untuk menyelamatkan kami," katanya sambil menangis apabila mengetahui polis menunggu di luar sekolah selama hampir sejam, selepas kejadian tembakan itu. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >