Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden gesa Kongres segera tangani kejadian

Jun 04, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Sambil mengisytiharkan "Cukup, cukuplah!", Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menggesa Kongres mengharamkan senjata serangan berkuasa tinggi, meluaskan pemeriksaan latar belakang pembeli, dan melaksana langkah kawalan senjata api lain yang wajar untuk menangani siri kejadian tembakan maut yang melanda negara itu sejak beberapa minggu lalu.



Bercakap dari Rumah Putih dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen kelmarin, Encik Biden bertanya negara ini yang digemparkan oleh kejadian tembakan baru-baru ini ke atas pelajar sekolah di Texas, di sebuah bangunan perubatan di Oklahoma dan di sebuah kedai runcit Buffalo, New York, berapa banyak lagi serangan harus berlaku sebelum tindakan diambil.



"Demi Tuhan, berapa banyak lagi pembunuhan beramai-ramai yang kita sanggup terima?" tanyanya.



Presiden Demokrat itu menggesa agar diambil beberapa langkah yang sekian lama disekat Republikan di Kongres, termasuk menaikkan had usia pembeli senjata api dan memansuhkan imuniti yang melindungi pengeluar senjata api daripada disaman kerana keganasan yang dilakukan pembeli senjata api dari mereka.



"Kita tidak boleh mengecewakan rakyat Amerika lagi," kata Encik Biden, mendesak Republikan supaya membenarkan rang undang-undang, termasuk langkah kawalan senjata, menjalani undian.



"Kita perlu melarang senjata serangan berkuasa tinggi."



Namun, beliau akui Kongres ti-dak mungkin mengharamkan senjata itu, sambil menambah: "Kita harus menaikkan had umur untuk membelinya daripada 18 kepada 21 tahun, mengukuhkan pemeriksaan latar belakang pembeli, menggubal undang-undang penyimpanan selamat, memansuhkan imuniti yang melindungi pengeluar senjata api daripada disaman, menangani krisis kesihatan mental yang semakin mendalam akibat keganasan senjata api."



Mengimbau pertemuannya baru-baru ini dengan keluarga mangsa tembakan di Texas dan Buffalo, Encik Biden berkata: "Mereka mempunyai satu pesanan buat kita semua: Lakukan sesuatu. Buatlah sesuatu. Demi Tuhan, lakukan sesuatu!"



Penyokong kawalan senjata api menggesa Encik Biden supaya mengambil langkah lebih ketat secara sendiri untuk membendung keganasan senjata api, namun Rumah Putih mahu Kongres meluluskan undang-undang yang akan mempunyai kesan lebih berkekalan daripada sebarang arahan presiden. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >