Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Biden ikrar beri bantuan segera kepada rakyat Amerika

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Dipilih, Encik Joe Biden kelmarin berjanji memberikan respons segera bagi pelbagai cabaran yang bertambah teruk sedang ekonomi negara itu menunjukkan kesan buruk akibat pandemik koronavirus.



Sedang Washington bergolak dengan kesan daripada kejadian pencerobohan ke atas bangunan Capitol Rabu lalu dan ahli Demokrat meningkatkan usaha mereka untuk memastikan Encik Trump dipertanggungjawabkan atas peranannya dalam menghasut serangan itu, Encik Biden memberi isyarat bahawa beliau berniat untuk kekalkan tumpuannya ke atas pekerjaan dan pandemik.



Pada hari Jabatan Tenaga Kerja melaporkan bahawa 140,000 orang telah kehilangan pekerjaan pada Disember lalu, Encik Biden berkata mereka perlu "bertindak sekarang".



Beliau berikrar untuk bergerak pantas sebaik sahaja menjadi Presiden dengan mengeluarkan pakej rangsangan menerusi Kongres supaya dapat memberikan bantuan kepada sekolah, pemerintah tempatan, pelajar, perniagaan kecil dan individu yang sedang bergelut dengan masalah.



Encik Biden dan penolong-penolongnya belum lagi menyiapkan saranan itu atau memutuskan jumlah penuh.



Pengamat menjangkakan lebih ramai warga Amerika akan menganggur bulan ini.



"Perlu untuk membelanjakan wang itu sekarang," kata Encik Biden kepada wartawan, sambil merujuk kepada seluruh rancangan ekonomi beliau, termasuk kedua-dua bantuan segera dan rang undang-undang lebih besar yang merangkumi perbelanjaan prasarana. Beliau berkata jumlahnya boleh menelan bertrilion dolar.



Pasukan Encik Biden juga sedang menyediakan pelbagai tindakan ekonomi yang tidak akan memerlukan kelulusan Kongres.



Penolong-penolong Encik Biden berkata kelmarin bahawa Presiden Dipilih itu akan mengarahkan Jabatan Pendidikan untuk melanjutkan pemberhentian seketika ke atas bayaran pinjaman pelajar yang sebelum ini dikeluarkan oleh Encik Trump.



Encik Biden menyeru Kongres kelmarin untuk mengambil "tindakan segera" dalam menaikkan gaji minimum bersekutu federal kepada sekurang-kurangnya AS$15 sejam.



Beliau juga berikrar untuk mempertingkat usaha untuk melambatkan penularan virus itu, yang kini meragut nyawa 4,000 orang setiap hari - lebih daripada mereka yang terkorban ketika Battle of Antietam sewaktu perang sivil, serangan di Pearl Harbor pada 1941 atau serangan pengganas pada 11 September 2001.



Pasukan Encik Biden berkata Presiden Dipilih itu juga akan dengan segera memberi lebih banyak vaksin ke bandar-bandar apabila mengambil alih jawatan, lain daripada amalan Encik Trump iaitu menahan beberapa suntikan untuk dos kedua.



Orang ramai berada dalam keadaan terdesak, kata Encik Biden.



Sementara beliau berkata persoalan untuk mendakwa Encik Trump bergantung kepada Kongres, beliau memberi kritikan kepada Presiden itu lagi di atas tindak-tanduknya sewaktu memegang jawatan.



Namun, tumpuannya tetap pada isu-isu yang menjadi keprihatinan segera yang disuarakan oleh pengundi iaitu kesihatan mereka dan keselamatan ekonomi.



"Saya fikir untuk masa yang amat lama bahawa sebenarnya Presiden Trump tidak layak untuk memegang pekerjaan itu.



"Tetapi, tumpuan saya adalah terhadap virus, vaksin dan pertumbuhan ekonomi. Apa yang Kongres ingin putuskan (untuk ambil tindakan terhadap Trump) adalah untuk mereka putuskan," katanya.



Namun, beliau menambah bahawa mereka perlu melakukannya dengan segera. - NYT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >