Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden jangka wujud 'saingan sengit' dengan China, bukan konflik

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menjangkakan bahawa hubungan negaranya dengan China akan wujud sebagai 'persaingan sengit' dan bukan konflik antara dua kuasa besar dunia.



Beliau berkata demikian dalam sedutan wawancara bersama saluran media CBS yang disiarkan kelmarin.



Menurutnya, beliau belum lagi menghubungi rakan sejawatannya Xi Jinping sejak menjadi presiden.



"Beliau tegas. Beliau tidak memiliki - hal ini bukanlah suatu kritikan tetapi hakikat - unsur demokratik dalam jiwa.



"Selama ini saya berkata kepadanya bahawa kita tidak perlu bertelagah. Namun, kita akan menghadapi persaingan sengit.



"Saya tidak akan mengikuti jejak langkah (Donald) Trump. Kami akan menumpukan perhatian terhadap peraturan dunia," ujar Encik Biden.



Tambahnya, tiada sebab khusus Encik Xi belum dihubungi bahkan beliau menjanjikan hubungan yang berbeza dengan Beijing pada masa depan.



Lanjutan itu, beliau "agak mengenali" Encik Xi hasil tugas selama lapan tahun sebagai Naib Presiden di bawah pimpinan mantan presiden Barack Obama.



"Saya diberitahu bahawa saya sudah meluangkan lebih banyak masa dengan Xi Jinping berbanding pemimpin dunia lain," ujarnya.



Dalam pada itu, Amerika akan menggunakan pendekatan berlainan sewaktu berurusan dengan China malah Encik Xi maklum akan hal tersebut.



Sejak pentadbiran Encik Biden beroperasi, komunikasi peringkat tertinggi yang sudah diusahakan setakat ini ialah panggilan telefon yang berlaku antara Setiausaha Negara Antony Blinken dengan rakan sejawatannya Yang Jiechi pada Jumaat lalu.



Dua diplomat itu dilaporkan bertelagah mengenai isu seperti demokrasi dan hak asasi.



Diminta mengulas tentang panggilan telefon itu oleh saluran berita CNN kelmarin, duta China ke Amerika, Encik Cui Tiankai, berkata bahawa perbualan kasar "bukanlah cara melaksanakan hubungan diplomasi".



"Kita tidak memiliki dasar ehwal luar yang berkesan kalau kita memilih berbual atau main kasar," ujarnya dalam rancangan Fareed Zakaria GPS. "Yang jelas, kedua-dua pihak mesti saling menghormati."



Pada sudut pandangan Washington, China dianggap sebagai pencabar berstrategi nombor satu Amerika dan pencabar utama di dunia.



Sebelum ini, Encik Trump memilih cara bersemuka dan serangan verbal tanpa meraih hasil ketara berkenaan defisit perdagangan antara Amerika dengan China.



Kini, Encik Biden dilaporkan sudah menghapuskan beberapa langkah kontroversi Encik Trump namun tetap menunjukkan bahawa Amerika akan terus memperjuangkan keutamaannya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >