WASHINGTON: Presiden Joe Biden telah mengisytiharkan kerjasama "rentas Atlantik kembali terjalin" berikutan pemulihan hubungan diplomatik antara Amerika Syarikat dengan sekutunya di Eropah.
Beliau berkata Amerika bertekad mahu bekerjasama semula dengan negara di benua Eropah dan meraih sokongan serta kepercayaan dalam menangani serangan global terhadap demokrasi.
Ketika menyampaikan ucapan sulung mengenai dasar luar negara sejak dilantik sebagai Presiden, Encik Biden menegaskan, sekutu tradisi Amerika perlu kembali menaruh harapan terhadap kepimpinan Washington, lapor agensi berita AFP.
"Saya memberi mesej jelas kepada dunia. Amerika kini kembali. Sekutu rentas Atlantik kembali. Amerika tekad bekerjasama semula dengan Eropah, untuk berunding dengan anda, mendapatkan kembali kedudukan kepemimpinan yang dipercayai," katanya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg