Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biden lapor pendapatan lebih AS$600,000 bagi 2021

Apr 17, 2022 | 5:30 AM
15fd8c61-4911-42f3-aafa-bc115306ee20
-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden - yang mengikrarkan sikap telus menyentuh kewangan peribadinya semasa menjawat jawatan itu - dan isteri, Cik Jill Biden, melaporkan pendapatan lebih AS$600,000 ($814,440) bagi taksiran cukai persekutuan untuk 2021, lapor Rumah Putih, kelmarin.

Pasangan pertama Amerika itu membayar cukai sebanyak AS$150,439 untuk pendapatan berjumlah AS$610,702, pada kadar cukai 24.6 peratus.

Dengan membentangkan maklumat cukai mereka, presiden dan wanita pertama itu - yang merupakan wanita pertama bekerja di luar Rumah Putih, sebagai seorang profesor - telah mengembalikan satu budaya yang diamalkan sejak tahun-tahun 1970-an tetapi dihentikan oleh presiden terdahulu, Encik Donald Trump.

Naib Presiden Kamala Harris dan suami, Encik Dough Emhoff, mengisytiharkan pendapatan sebanyak AS$1.6 juta untuk 2021 bagi taksiran cukai persekutuan, dan membayar AS$523,371 bagi kadar cukai 31.6 peratus. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg