Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden mahu beri amaran tentang langkah Korea U semasa jumpa Xi

Nov 12, 2022 | 05:42 PM



AIR FORCE ONE: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dijangka memberi amaran kepada Presiden China, Encik Xi Jinping, dalam satu mesyuarat lusa (14 Nov) menyentuh tindakan berterusan Korea Utara dalam pembangunan senjatanya, yang akan menyaksikan kehadiran tentera Amerika Syarikat yang ketara di rantau itu, kata Rumah Putih.



Amerika Syarikat prihatin terhadap rancangan Korea Utara untuk menyambung semula ujian bom nuklier buat pertama kalinya sejak 2017 dan percaya bahawa China dan Russia mempunyai  pengaruh untuk menggalaknya daripada melakukan demikian.



Encik Biden dan Encik Xi dijangka mengadakan pertemuan empat mata pertama sebagai pemimpin negara di luar sidang puncak Kumpulan Negara G20 di pulau peranginan Bali, Indonesia.



Penasihat keselamatan negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan berkata, Encik Biden akan memberitahu Encik Xi bahawa Korea Utara merupakan ancaman bukan sahaja kepada Amerika Syarikat dan sekutunya Korea Selatan dan Jepun tetapi juga kedamaian dan kestabilan merentasi rantau Asia.



“Jika Korea Utara berterusan sebegini, ia bermakna kehadiran ketenteraan dan keselamatan Amerika akan dipertingkat di rantau itu,” kata beliau kepada para wartawan semasa menaiki pesawat Air Force One hari ini (12 Nov) sedang Encik Biden ke Kemboja bagi mesyuarat serantau pada hujung minggu ini.



Sekatan antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat telah gagal menghalang program senjata Korea Utara yang semakin berkembang.



Ujian senjata itu yang telah memecah rekod tahun ini turut termasuk peluru berpandu balistik antara benua yang direka untuk mencapai tanah besar Amerika Syarikat. –REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >