Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KETEGANGAN DI SEMPADAN RUSSIA-UKRAINE

Biden masih cuba elak Russia serang Ukraine

Ukraine dakwa Russia lancar serangan Siber
Feb 17, 2022 | 05:30 AM



KYIV/WASHINGTON: Ukraine kelmarin menyalahkan Russia atas serangan siber ke atas negara itu sedang Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, membuat rayuan bersungguh-sungguh kepada Presiden Russia Vladimir Putin, supaya tidak menceroboh Ukraine.



Kuasa dunia sedang terlibat dalam salah satu krisis paling serius dalam hubungan Timur-Barat sejak beberapa dekad, sedang Moscow mahu menghentikan negara bekas Soviet, Ukraine, daripada menyertai pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).



Negara Barat telah menyarankan kawalan senjata dan langkah membina keyakinan untuk meredakan perselisihan, namun pada masa sama meminta rakyat mereka meninggalkan Ukraine dengan sebab serangan Russia boleh berlaku pada bila-bila masa.



Russia berulang kali menafikan ia mempunyai rancangan menyerang Ukraine.



Kelmarin, kementerian pertahanan Russia menyiarkan rakaman menunjukkan sebilangan tenteranya pulang pangkalan selepas latihan. Amerika menyatakan ia belum dapat mengesahkan langkah itu.



Beberapa jam selepas pengumuman Moscow itu, Ukraine berkata rangkaian dalam talian kementerian pertahanannya dan dua bank tempatan menjadi mangsa serangan siber.



Penggodam dikatakan membanjiri rangkaian dalam talian dengan jumlah trafik data yang luar biasa tinggi untuk melumpuhkannya.



Walaupun Kyiv tidak menamakan siapa di sebalik kejadian itu, satu kenyataan menyarankan ia menuding jari kepada Russia.



Pengguna bank Ukraine, Privatbank, melaporkan masalah berkaitan pembayaran dan aplikasi perbankan, manakala bank Oshadbank berkata sistemnya amat perlahan.



Seorang diplomat Eropah berkata penggodaman itu membimbangkan kerana serangan ketenteraan penuh ke atas Ukraine mungkin akan didahului oleh serangan siber.



"Ia mungkin bermakna serangan fizikal akan berlaku, atau ia boleh bermakna Russia terus mengganggu Ukraine," kata diplomat itu yang enggan namanya disiarkan.



Sementara itu, Encik Biden merayu kepada Encik Putin akan "kematian dan kemusnahan yang tidak perlu" yang hanya dilakukan Moscow selain kemarahan antarabangsa yang bakal dihadapi Encik Putin, jika Russia menyerang Ukraine.



Dalam satu ucapan di televisyen, Encik Biden berkata Amerika menganggarkan kira-kira 150,000 tentera Russia sedang mengepung Ukraine, sambil menambah, walaupun ada laporan beberapa pasukan Russia telah berundur, ia tidak disahkan dan pencerobohan masih merupakan satu kemungkinan besar.



Beliau berkata usaha diplomasi tetap dialu-alukan. Namun jika Russia menyerang Ukraine, Amerika dan sekutunya bersedia bertindak balas dengan hukuman yang bertujuan memberi kesan teruk kepada ekonomi Russia selain pengasingan peringkat global, katanya.



Kebanyakan kenyataan Encik Biden ditujukan kepada Encik Putin, yang menuntut Nato tidak menerima Ukraine sebagai anggota dan menghentikan sebarang peluasan di kawasan timur Eropah.



"Amerika dan Nato bukan ancaman kepada Russia. Ukraine tidak mengancam Russia. Baik Amerika mahupun Nato tidak mempunyai peluru berpandu di Ukraine.



"Kami tidak mempunyai rancangan meletakkannya di sana juga. Kami tidak sasarkan rakyat Russia.



"Kami tidak berusaha menggugat kestabilan Russia," tegasnya.



Encik Biden juga merayu langsung kepada warga Russia.



"Kepada rakyat Russia: Anda bukan musuh kami, dan saya tidak percaya anda mahukan perang berdarah dan merosakkan menentang Ukraine," katanya.



Kos manusia dan strategik lain akan menjadi "terlalu besar" buat Russia jika ia menyerang, tambah beliau. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >