Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden menang besar: Pelan iklim, cukai dan kesihatan diluluskan

Aug 14, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Ahli parlimen Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan pelan iklim, cukai dan penjagaan kesihatan Presiden Joe Biden, sekali gus menjadikan ia kemenangan besar bagi veteran Demokrat itu, termasuk pelaburan terbesar dalam memerangi pemanasan global.



Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang di Dewan Negara dengan margin tipis, dengan Naib Presiden, Cik Kamala Harris, membuat undian penentu.



Presiden Biden turut memuji kelulusan membabitkan AS$370 bilion ($507 bilion) yang bertujuan mengurangkan 40 peratus pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030.



"Hari ini, rakyat Amerika menang. Kepentingan khas kalah.



"Dengan kelulusan Akta Pengurangan Inflasi di Dewan, keluarga akan melihat harga ubat preskripsi yang lebih rendah, kos penjagaan kesihatan yang lebih rendah dan kos tenaga yang lebih rendah. Saya berharap untuk menandatanganinya menjadi undang-undang minggu depan," kata Presiden Biden beberapa minit selepas pengundian.



Undian itu adalah kemenangan jelas bagi Presiden Biden dalam salah satu keutamaan dasar utamanya, kurang daripada tiga bulan sebelum pilihan raya pertengahan penggal penting November, bagi menyeimbangkan kawalan dalam Parti Demokratnya ke atas Kongres.



Ia dilihat akan membantu memulihkan penampilan kepimpinan AS dalam perjuangan mengurangkan pelepasan karbon.



Dalam komen terakhirnya sebelum pengundian, Speaker Dewan Rakyat, Cik Nancy Pelosi, mengatakan undang-undang itu adalah 'pakej pemotongan kos yang teguh yang memenuhi masa ini, untuk memastikan keluarga berkembang maju dan planet terus hidup'.



Pakej itu termasuklah komitmen terbesar untuk memerangi perubahan iklim oleh ekonomi terbesar dunia itu, yang juga adalah salah satu pencemar terburuk di planet ini.



Aktivis iklim turut bergembira selepas undian 220-207 itu, yang mendapat sokongan semua ahli Demokrat.



Presiden Kesatuan Saintis Prihatin, Johanna Chao Kreilick, menggelar undang-undang itu sebagai 'pengubah permainan dan alasan untuk harapan'.



Apa yang dipanggil 'Akta Pengurangan Inflasi' juga akan menyediakan AS$64 bilion bagi inisiatif penjagaan kesihatan dan memastikan kos yang lebih rendah untuk sesetengah ubat, yang dilihat 10 kali lebih mahal di AS berbanding di beberapa negara kaya lain.



Penggubal undang-undang konservatif bagaimanapun mengkritik rang undang-undang itu sebagai perbelanjaan yang membazir, dan tiada penggubal undang-undang Republikan menyokongnya.



"Demokrat sedang menyekat melalui rang undang-undang Kongres yang membelanjakan ratusan bilion dolar yang tidak dimiliki negara kita, mengenai dasar kiri jauh dari kemampuan," kata Ahli Parlimen Republikan, Encik Lee Zeldin.



Menerusi rang undang-undang itu, berbanding menghukum pencemar terbesar dalam sektor korporat AS, ia mencadangkan satu siri insentif kewangan yang bertujuan mengemudi negara itu daripada bahan api fosil.



Ia akan memberi rakyat Amerika kredit cukai sehingga AS$7,500 apabila membeli kereta elektrik termasuk tambahan diskaun 30 peratus apabila mereka memasang panel solar di atas bumbung mereka.



Undang-undang itu juga akan menyediakan berjuta-juta dolar untuk membantu melindungi dan memulihara hutan, yang dimusnahkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat kebakaran ketika gelombang haba yang dikatakan saintis sebagai pemanasan global.



Berbilion dolar dalam kredit cukai juga akan disalurkan kepada beberapa industri yang paling mencemarkan negara bagi membantu peralihan kepada kaedah yang lebih hijau. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >