Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden mula lawatan ke Eropah, beri amaran kepada Russia

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



MILDENHALL (England): Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengadakan lawatan pertamanya ke luar negara sejak mengambil alih jawatan itu kelmarin.



Beliau memulakan lawatan tersebut dengan mengalu-alukan komitmen Amerika yang tidak goyah bagi perikatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) serta memberi amaran kepada Russia akan akibat besar dan bermakna yang bakal dihadapinya jika mereka terlibat dalam kegiatan yang berbahaya.



Bercakap dengan sekitar 1,000 askar dan keluarga mereka di sebuah pangkalan udara di Britain, Encik Biden berkata beliau akan menyampaikan mesej yang jelas kepada Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, apabila mereka bertemu minggu depan selepas sidang yang berbeza dengan Nato, kumpulan tujuh negara kaya (G-7) dan pemimpin Eropah.



"Kami tidak mahu konflik dengan Russia.



"Kami mahu hubungan stabil yang boleh dijangkakan... namun jelas saya mengatakan bahawa Amerika akan bertindak dengan cara yang teguh dan bermakna jika pemerintah Russia terlibat dengan kegiatan yang berbahaya," ujar presiden parti Demokrat itu di awal lawatan lapan hari beliau ke Eropah.



Encik Biden berkata beliau bertekad ingin membina hubungan trans-Atlantik dan membentuk semula hubungan dengan Russia selepas empat tahun pentadbiran mantan Presiden Donald Trump, di mana tarif dan langkah keluar dari perjanjian yang dilaksanakan Encik Trump menjejas hubungan Amerika dengan sekutu utamanya.



"Ini lawatan pertama saya ke luar negara sebagai presiden Amerika.



"Saya akan pergi ke (mesyuarat) G-7, kemudian ke (mesyuarat) menteri Nato dan selepas itu bertemu dengan Encik Putin untuk memberitahu beliau apa yang saya ingin beliau tahu.



"Pada setiap langkah, kami akan menyatakan dengan jelas bahawa Amerika kini sudah kembali dan demokrasi dunia kini bersatu untuk menangani cabaran yang paling sukar serta isu yang paling penting bagi masa hadapan kita," ujar Encik Biden.



Beliau memberitahu media bahawa matlamatnya ialah untuk mengukuhkan perikatan ini serta menyatakan dengan jelas kepada Encik Putin dan China bahawa hubungan antara Eropah dan Amerika adalah erat.



Pertemuan Encik Biden dengan Encik Putin di Geneva pada 16 Jun merupakan puncak lawatannya, dengan memberi Amerika peluang mengutarakan keprihatinan negara itu secara langsung dengan pemimpin Russia tentang serangan 'ransomware', atau perisian tebusan, dari Russia, pencerobohan Moscow terhadap Ukraine dan pelbagai isu lain.



Bercakap dengan askar Amerika di Pangkalan Tentera Udara Diraja Mildenhall, Encik Biden menekankan komitmen Amerika kepada perikatan Nato namun berkata mereka perlu meningkatkan keupayaan siber mereka.



Sebagai tanda muhibah, Encik Biden juga akan mengumumkan rancangan Amerika membeli dan menderma 500 juta dos vaksin Covid-19 Pfizer/BioNTech kepada sekitar 100 negara dalam tempoh dua tahun akan datang, semasa lawatannya ke Eropah itu.



Semasa menyertai sidang G-7 di St Ives di Cornwall, mesyuarat itu dijangka membincangkan diplomasi vaksin, perdagangan, iklim serta usaha membina semula prasarana di negara yang sedang membangun.



Encik Biden juga akan bertemu dengan Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, di Cornwall dan ini satu peluang untuk memperbaharui hubungan istimewa antara Amerika dengan Britain selepas Brexit.



Selepas bertemu dengan Ratu Elizabeth di Istana Windsor, beliau akan pergi ke Brussels untuk bertemu dengan pemimpin Nato dan Kesatuan Eropah.



Encik Biden akan mengakhiri lawatannya dengan pertemuan bersama Encik Putin di Geneva. - Reuters.




"Kami mahu hubungan stabil yang boleh dijangkakan... namun jelas saya mengatakan bahawa Amerika akan bertindak dengan cara yang teguh dan bermakna jika pemerintah Russia terlibat dengan kegiatan yang berbahaya."
- Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >