Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Biden namakan Janet Yellen sebagai Setiausaha Perbendaharaan

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



WILMINGTON (Delaware): Presiden Dipilih, Encik Joe Biden, kelmarin telah menamakan mantan Pengerusi Perbendaharaan Persekutuan, Cik Janet Yellen, sebagai calon Setiausaha Perbendaharaan serta menamakan tiga wanita lain untuk jawatan kanan ekonomi, sekaligus memberi gambaran keadaan lebih pelbagai di Rumah Putih.



Sedang peralihan kuasa bagi Encik Biden yang akan dilantik secara rasmi sebagai presiden ke-46 pada 20 Januari kelak berjalan dengan baik, beliau bagaimanapun dilihat berjalan terhincut-hincut setelah retak tulang buku lali setelah tergelincir semasa bermain dengan anjingnya, Major, salah seekor dari jenis German Sheperd pada Sabtu lalu dan perlu memakai but pelindung untuk beberapa minggu, kata doktornya.



Pentadbiran mendatang berdepan kesukaran selama beberapa minggu setelah Presiden Donald Trump, calon Republikan, enggan menyerah kalah kepada Encik Biden, calon Demokrat.



Meskipun Encik Trump mendakwa wujud penipuan dalam proses pilihan raya yang berlangsung pada 3 Nov lalu, ini bagaimanapun disangkal pegawai pilihan raya persekutuan dan negeri.



Encik Biden telah menamakan karyawan kanan dalam pembentukan pasukan ekonomi yang perlu menangani kesan ke atas pekerja dan perniagaan akibat pandemik koronavirus, yang telah membunuh lebih 266,000 orang di Amerika Syarikat dalam sembilan bulan.



Berbanding Encik Trump yang umumnya memilih karyawan kulit putih untuk jawatan utama, pemilihan awal yang dilakukan Encik Biden menonjolkan kepelbagaian, termasuk pasukan komunikasi di mana jawatan kanan disandang kaum wanita, yang diperkenalkan kelmarin.



Beliau menampakkan jurucakap kempennya, Cik Kate Bedingfield sebagai Pengarah Perhubungan Rumah Putih dan jurucakap mapan Demokrat, Cik Jen Psaki sebagai setiausaha akhbar.



"Pasukan ini serupa gambaran Amerika dan menonjolkan tumpuan serius, dan tingkat keupayaan yang tinggi serta kepercayaan tidak berbahagi terhadap janji Amerika," kata Encik Biden dalam satu kenyataan.



"Mereka bersedia mulai hari pertama dan akan bekerja untuk setiap rakyat Amerika," ujarnya.



Encik Biden dijangka mengumumkan secara rasmi pasukan ekonomi yang baru semalam, menurut pasukan peralihannya.



Cik Yellen, 74 tahun, mempengerusikan bank pusat Amerika dari 2014 hingga 2018 dan telah berkhidmat sebagai pengerusi Penasihat Majlis Ekonomi Presiden Bill Clinton.



Dalam catatan di Twitter selepas pengumuman pelantikannya, Cik Yellen menggariskan cabaran yang dihadapi Amerika Syarikat.



"Untuk pulih, kita mesti mengembalikan impian Amerika - sebuah masyarakat di mana setiap orang boleh bangkit sepenuh potensi mereka dan mengimpikan suatu yang lebih besar untuk anak-anak mereka.



"Sebagai Setiausaha Perbendaharaan, saya akan bekerja setiap hari demi membangunkan impian untuk semua," ujarnya.



Encik Biden juga berkata, beliau akan mencalonkan Encik Wally Adeyemo sebagai timbalan Cik Yellen.



Encik Adeyemo telah menjadi timbalan penasihat keselamatan nasional di bawah Presiden Barack Obama, dan kemudiannya menjadi presiden Yayasan Obama, yang memantau perancangan untuk perpustakaan mantan presiden Demokrat itu.



Encik Biden berkata, beliau akan mencalonkan Cik Neera Tanden untuk mengetuai Pejabat Pengurusan dan Belanjawan.



Cik Tanden telah membantu pentadbiran Obama dalam mewujudkan Akta Penjagaan Berpatutan, yang menyaksikan semakan menyeluruh terhadap dasar penjagaan kesihatan yang membawa kepada pengenalan 'Obamacare' yang ditolak parti Republikan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >