Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE: UCAPAN TAHUNAN PRESIDEN AS

Biden: Pesawat Russia dilarang guna ruang udara AS, gelar Putin diktator

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Encik Joe Biden berkata negaranya akan menyertai sekutu-sekutunya dan melarang pesawat Russia menggunakan ruang udara AS, menyusuli serangan terhadap Ukraine minggu lalu.



Dalam Ucapan Tahunan Presiden AS, beliau memanggil Presiden Russia, Encik Vladimir Putin itu seorang "diktator" yang akan menerima padah akibat pencerobohannya ke atas Ukraine.



"Diktator Russia, yang menyerang negara asing, mempunyai kesan terhadap seluruh dunia," kata Encik Biden kepada Kongres.



Namun, dalam "tentangan antara demokrasi dan autokras, demokrasi lebih diutamakan sekarang dan jelas bahawa dunia lebih memilih perdamaian dan keselamatan,"katanya.



Encik Biden berikrar untuk membuat Encik Putin bertanggungjawab selamanya atas apa yang beliau lakukan di medan perang di Ukraine.



"Beliau mungkin berhasil di medan perang- namun harus menerima padah berpanjangan," kata Encik Biden.



Dunia telah "memulaukan" Encik Putin kerana mengerahkan askar-askarnya memasuki Ukraine, kata Encik Biden, sambil berikrar bahawa sekatan yang dahsyat akan melemahkan ekonomi Russia dan tenteranya.



"Putin kini diasingkan daripada dunia lebih daripada yang pernah dialaminya sebelum ini," kata Encik Biden kepada anggota Kongres dalam ucapannya itu, sambil menambah bahawa Presiden Russia "tidak tahu apa yang akan datang" dari segi penalti dan akibat ekonomi.



Encik Biden juga menyasarkan oligarki (hartawan) Russia dan pemimpin-pemimpin yang rasuah yang katanya telah menerima berbilion dolar dari rejim Encik Putin.



Pemimpin AS itu telah meminta Kongres memberikan penghormatan kepada rakyat Ukraine yang kini menghadapi serangan.



"Bagi setiap daripada kita, jika anda mampu berdiri, berdirilah dan berikan isyarat yang jelas kepada Ukraine dan juga dunia," kata Encik Biden.



Penggubal undang-undang kongres telah berdiri dan bertepuk tangan serta ada juga yang telah mengibarkan bendera Ukraine.



Sebelum ucapannya itu, Encik Biden telah menghubungi Presiden Ukraine Encik Volodymyr Zelenskyy untuk membincangkan bantuan AS untuk melengkapkan tentera Ukraine dengan senjata.



Encik Zelenskyy, yang mencari perlindungan dari serangan Russia di Kyiv, telah meminta Encik Biden untuk membantu "menghentikan penyerang secepat mungkin."



Krisis di Ukraine ini menawarkan Encik Biden peluang untuk mengubah perspektif warga Amerika tentangnya.



Sementara anggota parti Republikan menuduh Encik Biden berkaitan serangan Russia terhadap Ukraine, beliau juga dipuji atas strateginya untuk mengenakan amaran bahawa akan berlakunya pencerobohan, meskipun beberapa sekutu Eropah dan pemimpin Ukraine sendiri meraguinya.



AS dan sekutu Baratnya telah berusaha untuk melumpuhkan sektor perbankan Russia dan giat melakukan sekatan terhadap mata wang negara itu.



Ia termasuk pemotongan sistem mesej SWIFT dari bank Russia tertentu, menyaksikan ia dibiarkan terasing dari seluruh dunia.



Sistem SWIFT membolehkan pihak bank berkomunikasi dengan pantas dan menjamin transaksi selamat.



Tujuan sekatan dilakukan ke atas bank Russia tertentu adalah menghalangnya daripada melakukan urus niaga dengan kebanyakan negara dunia.



Tindakan Barat yang melarang transaksi dengan bank pusat Russia juga membantu menjerumuskan ekonomi negara itu dalam kegawatan.



Rubel turun 27 peratus berbanding dolar sejak awal tahun dan didagangkan lebih 100 Rubel bagi setiap unit mata wang AS itu, paras paling lemah pernah direkodkan.



Lantaran itu, rakyat Russia dikatakan berpusu-pusu menggunakan mata wang kripto yang beroperasi dalam rangkaian tidak berpusat dan langsung tidak terjejas dengan sekatan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >