Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden: Rakyat AS tolak usaha gagalkan keputusan pilihan raya

Trump terus enggan terima kekalahan
Nov 27, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Dipilih Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata rakyat Amerika "tidak akan menyokong" sebarang usaha mahu menggagalkan keputusan pilihan raya presiden negara itu.



Namun pada masa sama, Presiden Donald Trump terus enggan mengakui kekalahan dan meminta keputusan itu dibatalkan.



Dalam ucapan pada malam cuti Thanksgiving, Encik Biden berkata di tempat kediamannya di Delaware bahawa Amerika mempunyai pilihan raya yang adil dan bebas, dan rakyat Amerika menghormati keputusannya.



"Rakyat dan undang-undang negara ini tidak akan menerima selain daripadanya," kata beliau.



Kenyataan pemimpin Demokrat itu menandakan pendekatan lebih tegas terhadap Encik Trump, yang selama lebih tiga minggu telah mengetengahkan teori konspirasi, tanpa bukti bermakna, bahawa Encik Biden mencuri kemenangan pada 3 November.



Malah, Encik Trump terus berkeras.



"Kita harus mengubah keputusan pilihan raya ini," katanya kepada penyokong Republikan di Pennsylvania.



"Pilihan raya ini telah ditipu," kata Encik Trump melalui telefon, mengulangi beberapa dakwaan penipuan undi yang telah pun ditolak oleh mahkamah di seluruh negara.



Beliau menambah, "apa yang kita perlukan adalah beberapa hakim mendengarkannya dengan betul".



Encik Trump sebelumnya telah dijadualkan datang secara peribadi dalam satu pertemuan parti Republikan, yang berlangsung dekat tapak pertempuran Perang Saudara di Gettysburg. Beliau membatalkannya pada saat-saat akhir.



Encik Biden memenangi negeri Pennsylvania dengan margin 80,000 undi pada 3 November, membantunya mencatat kemenangan nasional yang meyakinkan dan menjadikan Encik Trump sebagai presiden satu penggal.



Encik Trump pula dikatakan sedang mencari pengaruh baru dengan penolakan kekalahannya kepada Encik Biden.



Penyokongnya menyatakan bahawa beliau sudah merancang pengumuman mencalonkan diri sebagai presiden lagi pada 2024.



Peguam Encik Trump, Encik Rudy Giuliani, dan kumpulan peguamnya yang lain telah melihat dakwaan tidak berasas mereka berkaitan penipuan undi ditolak oleh mahkamah di seluruh negara.



Tuduhan pasukan undang-undang itu dipenuhi dengan contoh-contoh keterlaluan dan kadangkala tidak tepat.



Contohnya, semasa bercakap kepada kumpulan Republikan di Pennsylvania, Encik Giuliani menyatakan Encik Trump dan Encik Biden "dipisahkan hanya 1 peratus" di negeri Virginia dan bahkan Encik Trump "mungkin menang".



Hakikatnya, Encik Biden menang di sana dengan margin 10 peratus.



Selepas mendapat tekanan daripada beberapa pemimpin senior Republikan, Encik Trump pada Isnin lalu mengakhiri sekatan dana pemerintah untuk membantu persiapan dan peralihan Encik Biden untuk memegang jawatan presiden pada 20 Januari nanti. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >