Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biden rancang $443 juta  bantu Palestin, pulihkan hubungan AS

Jul 15, 2022 | 8:19 PM
Encik Joe Biden (kiri) bertemu dengan presiden pihak berkuasa Palestin, Encik Mahmoud Abbas.
Encik Joe Biden (kiri) bertemu dengan presiden pihak berkuasa Palestin, Encik Mahmoud Abbas. - Reuters

JERUSALEM: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengumumkan bantuan negara itu sebanyak AS$316 juta ($443 juta) kepada Palestin pada Jumaat (15 Julai). Ini dalam usahanya mahu memulihkan hubungan Amerika dengan pihak berkuasa Palestin. Bantuan itu diumumkan sedang beliau melawat sebuah hospital dan mengadakan satu pertemuan dengan presiden pihak berkuasa Palestin, Encik Mahmoud Abbas. Pakej bantuan itu akan merangkumi AS$100 juta kepada East Jerusalem Hospital Network, tertakluk kepada kelulusan Kongres, menurut seorang pegawai kanan pentadbiran. Sebanyak AS$200 juta lagi akan disalurkan kepada Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), satu program yang dihentikan pembiayaannya oleh Amerika di bawah pentadbiran presiden Donald Trump, kata pegawai itu. Encik Biden juga akan mengumumkan kerjasama teknologi antara pasukan Israel dengan Palestin yang bekerjasama untuk membina rangkaian perhubungan 4G di wilayah Palestin menjelang akhir 2023. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg