Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden rancang lantik penasihat lama setiausaha negara

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Dipilih, Encik Joe Biden, dilaporkan berhasrat menamakan penasihat lamanya, Encik Antony Blinken, sebagai Setiausaha Negara - menurut beberapa sumber yang mengetahui perkara itu - dengan tujuan mahu mula membentuk Kabinetnya walaupun sebelum Presiden Donald Trump mengaku kalah.



Tambahan, Encik Jake Sullivan, yang sebelum ini merupakan seorang pembantu rapat Cik Hillary Clinton, kemungkinan dinamakan sebagai penasihat keselamatan negara Encik Biden, menurut beberapa sumber.



Pengumuman dijangka dibuat hari ini.



Ketua Staf Rumah Putih Encik Biden, Encik Ron Klain, berkata kelmarin bahawa Presiden Dipilih itu akan membuat pengumuman awal Kabinetnya hari ini, namun beliau tidak memberi perincian mengenai jawatan mana yang akan diisi terlebih dahulu.



Sumber yang mengetahui mengenai pemilihan calon Kabinet Encik Biden meminta tidak dinamakan kerana beliau belum membuat pengumuman rasmi.



Kededua Encik Sullivan, 43 tahun, dan Encik Blinken, 58 tahun, bertugas sebagai penasihat keselamatan nasional Encik Biden semasa beliau menjawat naib presiden.



Jawatan Setiausaha Negara dianggap salah satu jawatan Kabinet yang paling berprestij.



Sebagai diplomat tertinggi negara, pegawai itu mengadakan pertemuan dengan pemimpin asing di seluruh dunia.



Setiausaha Negara juga mengetuai puluhan kakitangan pakar yang diambil daripada agensi ketenteraan, diplomatik dan perisikan pemerintah yang membentuk dasar luar dan ketenteraan Amerika.



Kededua Encik Blinken dan Encik Sullivan tidak segera memberi komen. Jurucakap Encik Biden juga enggan mengulas.



Encik Blinken dianggap sebagai salah seorang calon paling ketara mengetuai Jabatan Negara.



Setelah berkhidmat sebagai penasihat keselamatan nasional kepada naib presiden, beliau dinaikkan pangkat sebagai timbalan setiausaha negara di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama.



Semasa Encik Biden menjadi senator, Encik Blinken bertugas sebagai pengarah kakitangannya di Jawatankuasa Perhubungan Luar Negara Senat sebelum menyertai kempen presiden Encik Biden pada 2008.



Encik Blinken lulus daripada Harvard dan Sekolah Undang-Undang Columbia. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >