Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden rancang lawat Teluk, temui Putera Mahkota Saudi

Jun 03, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat sedang merancang lawatan buat Presiden Joe Biden ke Timur Tengah akhir bulan ini, untuk bertemu sekutunya di Teluk, yang mungkin menempatkan beliau di bilik sama dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, kata sumber-sumber.



Namun, belum ada keputusan muktamad mengenai perjalanan itu, menurut sumber dalam dan luar Amerika, yang enggan nama mereka disiarkan.



Lawatan itu, buat sementara ini, dirancang selepas sidang puncak Kumpulan Tujuh (G7) di Jerman dan mesyuarat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Sepanyol, dan akan termasuk lawatan ke Israel, dengan Encik Biden dijadual bertemu Perdana Menteri Israel, Encik Naftali Bennett, kata sumber itu.



Ditanya mengenai kemungkinan Encik Biden pergi ke Arab Saudi, jurucakap Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre, memberitahu wartawan beliau belum ada maklumat mengenai perjalanan itu, namun menambah bahawa Encik Biden tetap berpegang pada pendapat awalnya mengenai Putera Mahkota Saudi itu.



Kecewa mengenai pembunuhan seorang wartawan Washington Post, Encik Jamal Khashoggi, yang menurut perisikan Amerika diluluskan Putera Mohammed, Encik Biden mula bertugas sebagai presiden Amerika pada Januari 2021 dengan berikrar akan menyemak semula hubungan Amerika dengan Arab Saudi.



Jika lawatan itu menjadi kenyataan, ia bertujuan mengukuhkan hubungan Amerika dengan Arab Saudi sedang Encik Biden cuba mencari jalan untuk menurunkan harga minyak petrol yang tinggi di negaranya.



Masih belum pasti apakah Arab Saudi akan bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran minyak.



Ia sebelum ini menolak permintaan Amerika agar berbuat demikian, sambil kekal mematuhi perjanjian pengeluaran yang dicapai oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec) bersama Russia dan sembilan pengeluar lain.



Encik Biden dikatakan mahu mengambil bahagian dalam sidang puncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, kata sumber.



GCC ialah sebuah kumpulan serantau yang anggotanya merangkumi Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Matlamat Encik Biden ialah mengaktifkan semula sidang puncak tahunan antara Amerika dengan GCC yang bermula semasa pentadbiran Presiden Barack Obama.



Sebelum bersetuju menghadiri sidang itu, Washington sedang mencari tarikh bagi lanjutan gencatan senjata di Yaman, selain tindakan jelas pengeluaran minyak oleh Arab Saudi dan UAE, kata satu sumber.



Gencatan senjata selama dua bulan antara pakatan yang diketuai Arab Saudi dan kumpulan Houthi yang disokong Iran, iaitu yang pertama di Yaman sejak 2016, tamat semalam. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >