WARM SPRINGS: Encik Joe Biden menuduh Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, kelmarin bersikap tidak bertanggungjawab, menuduhnya sekadar menyerah kepada keadaan dalam menghadapi penularan pandemik Covid-19, sedang Parti Demokrat mengasak kubu kuat Parti Republikan di Georgia, kurang seminggu sebelum berlangsung pilihan raya presiden pada 3 November ini.
Mantan naib presiden Amerika itu terus 'membedal' pencabarnya sepanjang tempoh terakhir berkempen ini bagi meluaskan peluang kemenangan di negeri-negeri yang dilihat memberi sokongan kepada Encik Trump dan dimenangi presiden itu dalam pilihan raya 2016.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg