Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden seru pulih isu perkauman di Amerika

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Joe Biden semalam mengeluarkan seruan tegas untuk memulihkan perpecahan perkauman di Amerika Syarikat, sambil berikrar untuk mengambil langkah segera bagi memerangi masalah perkauman dan ketidaksamaan yang menurutnya telah lama menjejas Amerika Syarikat.



Masalah perkauman semakin ketara semasa kepimpinan mantan Presiden Donald Trump selama empat tahun dan serangan di Capitol pada 6 Januari lalu oleh penyokong Trump dilakukan oleh "samseng, pemberontak, ekstremis politik dan supremasi kulit putih".



Tetapi, beliau percaya sebilangan besar warga Amerika mahukan kesaksamaan.



"Kami tidak pernah sepenuhnya mematuhi prinsip-prinsip pendirian negara ini - untuk menyatakan yang jelas - bahawa semua orang diciptakan sama dan mempunyai hak untuk diperlakukan sama sepanjang hidup` mereka," kata Presiden Biden, dalam ucapannya di Rumah Putih.



"Dan sudah waktunya untuk bertindak sekarang, bukan hanya kerana itu adalah tindakan yang betul, tetapi kerana jika kita melakukannya kita semua akan menjadi lebih baik," kata beliau.



Presiden Biden mengambil tindakan eksekutif di empat bidang: membendung penggunaan penjara swasta oleh pemerintah Amerika, memperkuat penegakan antidiskriminasi di perumahan, menggariskan komitmen terhadap kedaulatan suku asli Amerika dan mengutuk diskriminasi terhadap orang Amerika Asia dan Amerika keturunan Pulau Pasifik yang meningkat semasa Covid-19, yang dipercayai berasal dari China.



Sementara itu, Presiden Biden mengarahkan pentadbirannya untuk segera "mengembalikan hubungan kukuh" dengan Palestin dan Israel, kata pemangku utusan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Richard Mills.



Ia termasuk memulihkan bantuan kemanusiaan untuk Palestin yang ditangguhkan Encik Trump, dan membuka kembali misi Amerika Palestin di Washington DC yang ditutup bekas presiden itu pada 2018 ketika Amerika kembali menyokong penyelesaian dua negara, kata Encik Mills.



"Perdamaian tidak boleh dipaksa terhadap rakyat Israel atau Palestin. Penglibatan diplomatik Amerika akan bermula berdasarkan perundingan aktif dengan kedua-dua pihak, dan kejayaan akhir memerlukan persetujuan aktif kedua-dua pihak," katanya.



Dalam pada itu, Encik Biden menegaskan komitmen Amerika untuk memperkukuh keselamatan rentas Atlantik.



"Presiden mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung atas kepimpinan rakan sekutu yang teguh dan menyampaikan hasratnya untuk berunding dan bekerjasama dengan rakan sekutu mengenai pelbagai masalah keselamatan bersama, termasuk Afghanistan, Iraq dan Russia," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.



Presiden Biden turut menekankan pentingnya nilai bersama, perundingan dan kemampuan untuk memperkuat pencegahan dan menentang kemunculan ancaman baru, termasuk perubahan iklim dan keselamatan kesihatan global," kata kenyataan itu. - Agensi berita.




"Kami tidak pernah sepenuhnya mematuhi prinsip-prinsip pendirian negara ini - untuk menyatakan yang jelas - bahawa semua orang diciptakan sama dan mempunyai hak untuk diperlakukan sama sepanjang hidup mereka."
- Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >