Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden sokong bantuan $1.2 trilion tangani Covid-19

Dec 04, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Dipilih, Encik Joe Biden, telah menyokong bantuan rangsangan AS$908 bilion ($1.2 trilion) yang diusulkan oleh sekumpulan penggubal undang-undang dwipemihak, menyatakan "ia bukan jawapan" tetapi akan menyediakan bantuan serta merta untuk mereka yang menanggung kesukaran disebabkan kemelesetan ekonomi akibat Covid-19.



Encik Biden, yang berucap di sesi meja bundar maya dengan pekerja dan pemilik syarikat kecil yang terjejas dengan kemelesetan yang dikaitkan dengan penularan virus, kelmarin meminta Kongres meluluskan rang undang-undang bantuan Covid-19 yang teguh dalam satu sesi yang pincang, yang menurutnya wang itu "merupakan cengkeram sahaja" dan rang undang-undang menyeluruh akan dikemukakan sebaik beliau menyandang jawatan presiden Amerika secara rasmi.



Beliau berkata rang undang-undang dwipemihak itu kelihatan tidak akan diluluskan selagi Presiden Donald Trump kekal di pejabat.



"Jadi sekarang kita balik semula kepada asal," katanya.



Encik Biden bercakap dengan bersahaja tentang keterbatasannya dalam mendapatkan rang undang-undang diluluskan sebelum beliau masuk pejabat.



"Untuk menyatakan yang sudah jelas kemampuan saya mendapatkan bantuan dengan segera tidak wujud," katanya kepada pekerja yang satu persatu menceritakan kesukaran mereka.



Speaker Dewan, Cik Nancy Pelosi, dan Ketua Minoriti Senat, Encik Chuck Schumer, juga memberi sokongan di sebalik saranan kelmarin, menyatakan ia harus menjadi "rangka kerja" untuk rundingan dengan rakan-rakan mereka dalam Parti Republikan.



Pengesahan mereka terhadap pelan itu telah dibuat oleh sekumpulan penggubal undang-undang di Dewan Perwakilan dan di Senat, yang menandakan langkah sokongan mereka buat pertama kali bagi pakej bantuan lebih besar bernilai $2.4 trilion - dan dijangka boleh mengakhiri kebuntuan bagi memastikan rang undang-undang itu dapat diluluskan sebelum akhir tahun.



Encik Biden berkata, sebarang pakej perundangan dalam sesi pincang harus melibatkan lanjutan insurans pengangguran, sumber yang membolehkan peniaga kecil membuka perniagaan dengan selamat, penggantungan arahan berpindah dan bantuan untuk pemerintah negeri dan pemerintah tempatan.



"Ini bukan satu permainan politik. Kita perlu keluar dan membantu secepat mungkin," katanya.



Beliau berkata anggota Republikan kelihatan lebih menumpukan pada peruntukan "menjamin tidak adanya kebertanggungjawaban sekiranya mereka membuka perniagaan dan apa-apa berlaku".



Encik Biden juga kritikal terhadap pentadbiran usaha bantuan, dan beliau mengkritik bank-bank besar kerana tidak memberi pinjaman kepada peniaga kecil yang bukan pelanggan sedia ada mereka.



"Salah satu masalah besar adalah, bantuan diberikan kepada mereka yang tidak memerlukan bantuan. Ia tidak disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya di peringkat awal. Ada beberapa dapat bantuan tetapi bukan semuanya seperti yang sepatutnya," kata beliau.



Encik Biden juga meramalkan bahawa Amerika akan berdepan dengan jumlah kematian yang meningkat hampir seganda jika rakyat negara itu tidak mengendahkan langkah keselamatan semasa bercuti. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >