Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK HIROSHIMA G7

Biden sokong latih juruterbang Ukraine guna F-16

May 21, 2023 | 05:30 AM



HIROSHIMA: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, memberitahu pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) pada 19 Mei Washington menyokong program latihan bersekutu bersama bagi juruterbang Ukraine yang mengendalikan jet pejuang F-16, kata pegawai kanan Amerika.



Ia satu pengesahan penting sedang Kyiv berusaha meningkatkan kuasa udaranya terhadap Russia.



Latihan menggunakan jet buatan Amerika itu akan berlangsung di Eropah dan memerlukan beberapa bulan untuk disiapkan, kata salah seorang pegawai.



Pegawai Amerika menganggarkan masa paling cepat yang diperlukan untuk latihan dan penghantaran F-16 ialah 18 bulan.



"Memandangkan latihan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang, gabungan negara kita yang mengambil bahagian dalam usaha ini akan memutuskan bila sebenarnya untuk menyediakan jet, berapa banyak yang akan kami sediakan, dan siapa yang akan menyediakannya," kata pegawai itu.



Walaupun pegawai itu tidak menyatakan negara mana yang akan mengambil bahagian, Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, berkata Britain akan bekerjasama dengan Belanda, Belgium dan Denmark "untuk memberi Ukraine keupayaan tempur udara yang diperlukannya".



Kementerian Pertahanan Denmark berkata ia bersedia menyokong latihan itu. Amerika berharap untuk memulakan latihan itu, yang akan dijalankan bagi jet pejuang generasi keempat, termasuk F-16, dalam beberapa minggu akan datang, tambah pegawai itu.



Ukraine sedang berusaha mendapatkan jet tersebut, yang dibuat oleh Lockheed Martin (LMT.N), sedang ia meneruskan usaha terbesarnya selama berbulan-bulan menentang pencerobohan tentera Russia sebelum serangan balas yang dirancang.



Ukraine, yang tidak memiliki sembarang jet buatan Barat, berkata F-16 jauh lebih berkesan daripada jet pejuang era Soviet yang masih digunakannya.



Poland dan Slovakia telah menyerahkan 27 MiG-29 buatan Russia kepada Ukraine.



Pemerintahan Barat berhati-hati agar tidak membiarkan negara mereka sendiri tanpa pertahanan dengan memberi terlalu banyak peralatan kepada Ukraine.



Mereka juga mengelak menghantar apa-apa yang boleh menyerang jauh ke dalam wilayah Russia dan memberi Moscow alasan untuk menyerang.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy, menerima ikrar minggu ini daripada Britain dan Belanda untuk membantu membina satu "perikatan jet", walaupun pemimpin dari kedua-dua negara itu tidak berkata mereka akan menghantar pesawat.



Pada Jumaat, Encik Zelenskiy mengalu-alukan berita itu. "Ini akan meningkatkan lagi tentera kami di udara. Saya berharap dapat membincangkan pelaksanaan praktikal keputusan ini pada sidang puncak #G7 di Hiroshima," katanya di Twitter. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >