Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SERANGAN BOM BUNUH DIRI DI KABUL

Biden sumpah buru pelaku serangan bom

Aug 28, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bersumpah akan memburu pelaku serangan bom nekad ke atas orang ramai yang berasak dan tentera AS di luar lapangan terbang di Kabul untuk meninggalkan Afghanistan.



Beliau mengarahkan Pentagon merancang untuk melakukan serangan balas terhadap kumpulan ISIS.



Encik Biden yang menyifatkan tentera AS terkorban dalam letupan berkenaan sebagai perwira, berikrar untuk memburu pihak bertanggungjawab atas serangan terbabit.



"Kita tidak akan memaafkan. Kita tidak akan melupakan. Kita akan memburu anda sehingga dapat dan membuat anda menanggung akibatnya," katanya.



Beliau turut memaklumkan setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan Taleban bersekongkol dengan IS dalam serangan berkenaan.



"Sejauh ini, tiada bukti yang diberikan kepada saya sebagai susulan oleh mana-mana komander di medan bahawa terdapat pakatan sulit antara Taliban dengan ISIS dalam melancarkan apa yang berlaku hari ini (Khamis, 26 Ogos)," ujarnya.



Bagaimanapun, katanya, proses pemindahan keluar dari Afghanistan akan diteruskan dan tamat mengikut jadual pada akhir bulan ini.



Ketika ditanya pemberita sama ada beliau memikul sebarang tanggungjawab atas kematian tentera AS itu, Biden berkata:



"Saya memikul tanggungjawab secara asasnya atas segala yang berlaku kebelakangan ini."



Dalam ucapan penuh hiba dari Rumah Putih, beliau memuji anggota tentera Amerika yang terbunuh sebagai "wira" dan berkata misi pemindahan dari Kabul akan diteruskan sehingga tarikh pengunduran tentera Amerika yang dirancang iaitu 31 Ogos.



"Kami tidak akan terhalang oleh pengganas. Kami tidak akan membiarkan mereka menghentikan misi kami. Kami akan meneruskan pemindahan ini," tegas Encik Biden



Dalam masa yang sama para pemimpin dunia mengecam serangan bom di lapangan terbang di Kabul.



Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyelar serangan berkenaan sebagai amat kejam, sekali gus menzahirkan penghormatan kepada 'usaha luar biasa' pihak terbabit dalam operasi pemindahan keluar itu.



Beliau menegaskan, Britain akan meneruskan usaha pemindahan keluar dari Afghanistan 'hingga ke detik terakhir.'



Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga berikrar untuk memastikan operasi berkenaan dilaksanakan hingga ke penghujungnya.



Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga warga AS serta Afghanistan yang terbunuh dalam kejadian itu, dan menzahirkan penghormatan terhadap 'keperwiraan pihak yang berada di lapangan untuk melaksanakan operasi pemindahan keluar itu.'



Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pula memaklumkan usaha terus dipergiat bagi membawa keluar seramai mungkin orang melalui proses pemindahan berkenaan.



"Masyarakat antarabangsa memberi sokongan kepada rakyat Afghanistan," katanya.



Menteri Luar Czech, Jakub Kulhanek, menyifatkan tindakan berkenaan sebagai 'keji', manakala Perdana Menteri Italy, Mario Draghi, mengutuk 'serangan ke atas orang ramai tidak berupaya mempertahankan diri yang mahu mencari kebebasan itu.'



Menteri Hal Ehwal Luar Norway, Ine Eriksen Soreide, menciap:



"Orang awam tidak berdosa yang berusaha meninggalkan negara itu, menjadi mangsa perbuatan kejam yang dahsyat ini."



Presiden Poland, Andrzej Duda menyelar serangan itu sebagai 'tindakan pengecut', manakala Perdana Menteri Canada, Justin Trudeau turut menzahirkan dukacita atas kejadian menimpa mangsa.



Kementerian Luar Arab Saudi menolak serangan itu sambil menegaskan ia 'bertentangan dengan prinsip semua agama dan moral serta nilai kemanusiaan.'- Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >