Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden, Trump giat kempen di Georgia rebut majoriti Dewan Senat

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



ATLANTA: Presiden Dipilih, Encik Joe Biden dan Presiden Donald Trump masing-masing mengadakan rapat umum di Georgia kelmarin bagi menggesa penyokong mereka untuk tampil menyokong calon masing-masing bagi pilihan raya Senat Amerika Syarikat yang akan menentukan keseimbangan kuasa di Washington.



Persaingan di Georgia menampilkan pasangan calon Republikan, Cik Kelly Loeffler dan Encik David Perdue, menentang pencabar dari Parti Demokrat, Encik Raphael Warnock dan Encik Jon Ossoff.



Encik Biden mahu kedua-dua calon Demokrat untuk menang agar partinya boleh menguasai kedua-dua Dewan Kongres apabila beliau memulai tugas sebagai Presiden pada 20 Januari ini.



Presiden Trump pula mahu pasangan calon Republikan untuk menang agar dengan adanya kuasa Senat, partinya dapat menghalang atau membendung agenda perundangan Encik Biden.



Encik Trump, calon Republikan yang tewas dalam pilihan raya presiden pada 3 November tahun lalu kepada Encik Biden, belum lagi menyerah kalah kepada pesaingnya itu, dan beliau meluangkan sebahagian ucapan semasa di rapat di bandar Dalton, barat laut Georgia, yang merupakan kubu kuat Republikan, menyatakan beliau akan cuba kekal berkuasa.



"Mereka tidak akan mengambil alih Rumah Putih. Kita akan memerangi mereka secukupnya," kata Encik Trump yang disambut sorakan dari orang ramai, yang melaungkan "Lawan untuk Trump!"



Encik Biden mengkritik pentadbiran yang akan berakhir tempoh itu terhadap cara mereka menangani pandemik dan menjanjikan permulaan baru untuk negara itu di bawah pentadbiran Demokrat.



Lebih 350,000 orang telah terkorban akibat koronavirus di Amerika Syarikat, dan ia kini menular pantas di kebanyakan negeri.



"Ini adalah tahun baru, dan esok adalah satu hari baru untuk Atlanta, untuk Georgia dan untuk Amerika," kata Encik Biden.



Beliau berkata, pentadbiran Encik Trump "telah bermula dengan teruk", dan pengedaran vaksin Covid-19 yang lembap.



"Presiden meluangkan lebih banyak masa mengeluh dan mengadu daripada melakukan sesuatu dalam menangani masalah yang dihadapi," ujarnya.



Calon Demokrat, jika terpilih, akan memastikan cek rangsangan AS$2,000 ($2,637) akan disampaikan kepada warga Amerika sedang ekonomi 'semput' semasa pandemik koronavirus," kata Encik Biden.



Encik Trump juga memberi tekanan kepada Naib Presiden, Encik Mike Pence, yang akan menerima keputusan Undi Pemilihan mengikut negeri di Kongres, hari ini, untuk mengambil tindakan yang menyebelahi Encik Trump.



Encik Biden menewaskan Encik Trump 306-232 dalam Undi Pemilih dan meraih lebih 7 juta undi popular mengatasi pesaingnya itu.



"Saya harap Mike Pence akan bersama kita," kata Encik Trump, merujuk kepada naib presiden itu sebagai seorang yang hebat.



"Jika beliau tidak dapat mengatasinya, saya tidak begitu menyukainya," kata beliau.



Sementara itu, lebih 170 eksekutif perniagaan utama Amerika Syarikat menandatangani surat bersama meminta ahli Kongres mengiktiraf Encik Biden sebagai Presiden yang sah.



Kumpulan tokoh perniagaan yang merangkumi bidang kewangan, sukan, teknologi dan media itu menegaskan pengiktirafan Kongres terhadap Biden itu sebagai 'masa untuk melangkah ke depan'.



"Keputusan pilihan raya presiden sudah diketahui dan sampai masanya bagi negara untuk terus bergerak ke depan. Kongres perlu mengesahkan keputusan pilihan raya esok.



"Bakal Presiden dan Naib Presiden, Joe Biden serta Kamala Harris memenangi pilihan raya elektoral dan mahkamah turut menolak cabaran terhadap proses pilihan raya," ujar mereka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >