Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG UKRAINE

Biden tuduh Russia lakukan genosid tapi AS belum sedia siasat

Kremlin tidak setuju, sebaliknya dakwa Washington sebagai hipokrit
Apr 15, 2022 | 06:09 AM



WASHINGTON: Setelah Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menuduh pencerobohan Russia merupakan satu kejadian pembunuhan beramai-ramai atau genosid, Washington menyatakan ia belum bersedia melancarkan siasatannya sendiri untuk menentukan tuduhan tersebut.



Namun ia akan menyokong usaha antarabangsa supaya Russia bertanggungjawab ke atas pembunuhan di Ukraine itu.



Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ned Price, kelmarin enggan menyatakan sama ada ulasan Encik Biden mencerminkan kedudukan keseluruhan pemerintah negara itu, tetapi berkata presiden "bercakap dengan tanggapan yang beliau perolehi daripada menonton rakaman ngeri yang kita semua lihat" dari Ukraine.



Setiausaha akhbar Rumah Putih, Cik Jen Psaki, berkata pentadbiran Biden akan menilai lagi sama ada akan melancarkan siasatan rasminya sendiri.



Encik Price berkata Amerika menyokong kumpulan peguam antarabangsa yang cuba menentukan sama ada berlaku pembunuhan beramai-ramai itu, tetapi tidak menyatakan sama ada Amerika akan melancarkan siasatannya sendiri.



Genosid, yang dianggap sebagai kesalahan antarabangsa paling serius, kali pertama digunakan untuk menggambarkan peristiwa 'Kemusnahan Nazi'.



Ia diiktiraf pada 1948 sebagai jenayah di bawah undang-undang antarabangsa dalam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Russia telah berulang kali menafikan menyasarkan orang awam dan berkata dakwaan Ukraine dan Barat mengenai jenayah perang adalah direka demi memburukkan tentera negaranya.



Kebanyakan bandar yang telah dikuasai Russia di utara Ukraine sebelum tentera Russia berundur, dipenuhi dengan mayat orang awam dalam apa yang dikatakan Kyiv sebagai kempen pembunuhan, penyeksaan dan rogol.



Sementara itu, pihak Kremlin berkata ia sama sekali tidak bersetuju dengan tuduhan Encik Biden mengenai tindakan Russia di Ukraine sebagai "pembunuhan beramai-ramai", dan menuduh Washington sebagai hipokrit.



"Kami menganggap usaha seperti ini untuk memutarbelitkan keadaan tidak boleh diterima," kata jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, kepada wartawan.



"Ini tidak boleh diterima daripada seorang presiden Amerika Syarikat, sebuah negara yang telah melakukan jenayah yang diketahui ramai pada masa lalu."



Sekutu Encik Biden yang juga presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, belum mahu menyebutnya sebagai pembunuhan beramai-ramai, lapor BBC.



Bercakap kepada penyiar awam France 2, Encik Macron berkata beliau akan "berhati-hati dengan istilah sedemikian kerana kedua-dua orang ini (Russia dan Ukraine) adalah bersaudara".



Sementara itu, Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) menyatakan tentera Russia telah melakukan jenayah perang dengan menyasarkan orang awam, menurut satu laporan siasatannya.



Siasatan itu, yang tertumpu kepada tempoh lima minggu pertama perang itu, melihat kepada tuduhan sasaran pembunuhan dan meneliti kesan kepungan.



Ia menyebut serangan Russia ke atas bandar pelabuhan Mariupol sebagai "contoh melampau".



Penyiasat OSCE menemui bukti yang boleh dipercayai tentang jenayah perang kerana melanggar hak asasi manusia termasuk hak untuk hidup, larangan penyeksaan dan layanan merendahkan maruah pihak lain.



Pelanggaran itu berlaku kebanyakannya di kawasan di bawah kawalan Russia.



Ia juga mendapati pelbagai pelanggaran dalam tindakan tentera Russia, termasuk penggunaan tidak seimbang beberapa jenis senjata, seperti bom kelompok dan senjata dengan kesan letupan besar, yang membawa kepada kematian orang awam dan kemusnahan objek awam pada skala yang tidak wajar dari segi ketenteraan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >