Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden ubah rancangan bagi jawatan pengarah belanjawan

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden kelmarin (semalam waktu Amerika) mengubah rancangan hendak menjadikan Cik Neera Tanden sebagai pengarah belanjawan Rumah Putih.



Perubahan tersebut berlaku hasil bantahan barisan senator utama dalam Senat sekali gus menjadi kegagalan Kabinet pertama pentadbiran Encik Biden.



Jawatan dan pejabat tersebut bakal menguruskan belanjawan federal bernilai AS$4 trillion ($5.3 trillion).



Secara khusus, wakil Democrat dan Republican menjelaskan bahawa mereka tidak akan memilih Cik Tanden ekoran ciapan yang diterbitkannya menerusi wadah media sosial twitter.



Dalam ciapan berkenaan, beliau memperkecil penggubal dasar termasuk mereka yang diminta memilihnya.



Tindakan menarik semula pencalonan Cik Tanden turut membuktikan kelemahan kuasa Democrat ke atas Dewan Senat.



Penyokong Cik Tanden menyelar dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai "hipokrit" dan "seksis".



Selaran itu diluahkan kerana mantan presiden Donald Trump turut menggunakan laras bahasa sama menerusi ciapannya.



"Saya menerima permohonan Neera Tanden hendak menarik diri daripada pencalonan sebagai Pengarah Pejabat Pengurusan dan Belanjawan (OMB).



"Saya menyanjungi segala pencapaian, pengalaman dan nasihatnya malah ghairah menantikan khidmatnya," ujar Encik Biden dalam satu kenyataan.



Pengumuman itu dilakukan setelah jelas sokongan bagi Cik Tanden, yang menerajui firma penyelidikan, tidak mencukupi daripada kedua-dua pihak Democrat dan Republican dalam Senat yang sedia kala terbahagi dua.



"Malangnya jelas sekarang bahawa tidak ada langkah seterusnya yang boleh dipilih demi mendapatkan kepastian dan saya enggan pertimbangan pencalonan saya ini mengganggu urusan lain," ujar Cik Tanden, 50 tahun, dalam surat yang dikirimkan kepada Encik Biden.



Sebelum ini, calon yang diketengahkan Encik Biden berjaya mendapatkan kedudukan masing-masing berserta sokongan kedua-dua parti.



Antaranya ialah Setiausaha Negara Antony Blinken, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen dan pemimpin Pentagon Lloyd Austin.



Lagi dua calon turut dipilih - pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Cecilia Rouse, yang juga individu kulit hitam pertama yang menyandang jawatan tersebut, dan Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >