Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Biden umum pakej bantuan tentera ke Ukraine AS$800j

Apr 23, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu sebanyak AS$800 juta ($1.09 bilion) ke Ukraine bagi membantu Kyiv memerangi tentera Russia di wilayah Donbas.



Pentagon berkata bantuan kali ini termasuk 72 senjata 155mm howitzers, 72 kenderaan berperisai untuk menunda, 144,000 butir peluru dan lebih 120 "Phoenix Ghost" dron taktikal yang baharu dibangunkan secara khusus oleh Tentera Udara Amerika untuk memenuhi keperluan Ukraine.



Encik Biden berkata pakej baharu itu direka khas untuk membantu tentera Ukraine menghadapi kemunculan serangan Russia di timur negara itu, yang menurutnya adalah berbeza daripada pertempuran di utara Kyiv yang mana pasukannya berjaya mengusir tentera Russia selepas enam minggu.



"Kita berada di fasa kritikal sekarang… di mana mereka sedang mempersiapkan pentas untuk fasa peperangan yang seterusnya.



"Amerika, sekutu dan rakan kongsi kami bergerak sepantas mungkin untuk terus menyediakan Ukraine… senjata yang diperlukan tentera mereka untuk mempertahankan negaranya," katanya.



Encik Biden turut mengumumkan kapal yang mempunyai kaitan dengan Russia diharamkan dari pelabuhan Amerika dan Perbendaharaannya akan menyediakan AS$500 juta untuk kerajaan Ukraine bagi membayar gaji, pencen dan menyediakan perkhidmatan.



Katanya, perpaduan antara Amerika dengan sekutu dalam membantu Ukraine memberikan mesej yang tidak dapat disangkal kepada Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.



"Beliau tidak akan berjaya dalam mendominasi dan menduduki keseluruhan Ukraine. Itu tidak akan berlaku," katanya.



Sementara itu, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, yang meminta senjata lebih banyak dan berat, menzahirkan rasa terima kasih atas pengumuman itu menerusi ciapannya di Twitter.



"Bantuan ini diperlukan hari ini lebih daripada sebelumnya.



"Ia menyelamatkan nyawa pembela demokrasi dan kebebasan serta membawa kami lebih dekat untuk mengembalikan keamanan di Ukraine," katanya.



Ukraine memerlukan AS$7 bilion sebulan bagi memastikan ekonomi negara itu terus bertahan ketika berdepan kerugian ekonomi ditimbulkan Russia ketika Amerika mengumumkan satu lagi bantuan kewangan kepada negara itu.



Encik Zelensky berkata sasaran tentera Russia adalah memusnahkan semua objek di Ukraine yang berperanan sebagai pangkalan ekonomi dalam meneruskan kehidupan.



"Ia termasuk stesen kereta api, gudang bekalan makanan, minyak dan kilang penapisan," katanya kepada pemimpin Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menerusi pautan video dalam mesyuarat bagi membincangkan talian hayat kewangan untuk Kyiv.



Dalam masa yang sama, pertahanan terakhir Ukraine di Mariupol enggan menyerah diri, walaupun dilihat sudah tewas.



Namun kumpulan berkenaan merayu supaya diberikan jaminan keselamatan ketika tentera Russia didakwa hampir menguasai sepenuhnya bandar strategik terpenting itu.



Mariupol dalam kepungan hampir sejak pencerobohan bermula, dengan serangan tembakan berleluasa sehingga meninggalkan kemusnahan di bandar pelabuhan itu dan memaksa kebanyakan 450,000 penduduk di situ melarikan diri.



Kelmarin, Moscow mendakwa ada menerima panggilan dari pertahanan bandar itu untuk menyerah diri.



Bagaimanapun, peringatan terakhir berlalu dan tentera Ukraine yang berdiri teguh bertindak bersembunyi di kilang keluli Azovstal yang luas. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >