Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK KHAS ASEAN-AMERIKA

Biden umum program kerjasama AS$150j bersama Asean

May 14, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat meningkatkan usaha memikat negara Asean sedang Presiden Joe Biden mengalu-alukan pemimpin kumpulan rantau itu ke Rumah Putih dan mengumumkan lebih AS$150 juta ($209 juta) program kerjasama dengan rantau blok tersebut.



Jumlah itu bakal digunakan bagi program tenaga bersih, keselamatan maritim, pendidikan dan kesihatan awam, kata Rumah Putih dalam satu kenyataan sempena permulaan sidang puncak dua hari sebagai menandakan 45 tahun hubungan Amerika-Asean.



Pentadbiran Biden membuat ikrar itu walaupun ia sudah berbulan-bulan memberi tumpuan besar terhadap usaha menangkis pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Pakej inisiatif baru yang diumumkan Rumah Putih agak rendah berbanding pakej AS$40 bilion kepada Ukraine, dan berbanding berbilion dolar yang dilabur China di rantau ini, yang telah mengatasi Amerika sebagai perdagangan terbesar bagi Asean.



Namun Amerika menyatakan ia sedang bekerjasama dengan sektor swastanya dan merancang melancarkan pakej lebih luas, Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), apabila Encik Biden melawat Tokyo dan Seoul minggu depan.



"Saya berharap pertemuan ini dapat membina momentum untuk kembalinya kehadiran Amerika di rantau ini," kata Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, kepada forum Majlis Perniagaan Asean-Amerika sebelum para pemimpin menuju ke majlis makan malam di Rumah Putih.



Rumah Putih menyatakan ia akan memberi AS$60 juta kepada inisiatif maritim baru yang akan termasuk pengerahan kapal pengawal pantai dan kakitangan untuk memerangi jenayah di laut.



Usaha itu akan termasuk memerangi isu penangkapan ikan haram dan penggunaan buruh paksa, kata seorang pegawai Amerika.



Perairan di sekitar Laut China Selatan adalah antara paling sibuk di dunia, menghubungkan kuasa ekonomi Asia dengan bekalan tenaga di Timur Tengah, dan kawasan itu sering dikaitkan dengan pertikaian wilayah dengan Beijing.



Rumah Putih menambah bahawa ia juga akan membelanjakan AS$40 juta untuk melabur dalam tenaga bersih di Asia Tenggara sambil menyatakan ia sedang bekerjasama dengan sektor swasta untuk mengumpul sehingga AS$2 bilion.



Satu lagi inisiatif lain - dilancarkan sedang Encik Biden mengadakan sidang puncak maya secara berasingan mengenai Covid-19 - termasuk projek untuk menguji penyakit pernafasan yang baru muncul di bandar-bandar Asia Tenggara, melalui pejabat baru Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika di Hanoi.



Sementara itu, dalam satu kenyataan simbolik, Amerika tidak akan mengisi kerusi kosong Myanmar di sidang puncak itu.



Sedang para pemimpin berkumpul di Washington, Timbalan Setiausaha Negara, Cik Wendy Sherman, bertemu dengan wakil kepimpinan demokratik dalam buangan Myanmar, Pemerintah Perpaduan Nasional (NUG), termasuk menteri luarnya, Encik Zin Mar Aung.



Cik Sherman berkata Amerika akan "terus bekerjasama rapat dengan Asean dan rakan kongsi lain dalam mendesak penyelesaian adil dan aman bagi krisis di Burma", kata satu kenyataan Jabatan Negara, menggunakan nama lama Myanmar iaitu Burma. - AFP, ST.




"Sidang Puncak Asean-AS bermula hari ini.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyambut ketibaan pemimpin Asean ke Rumah Putih dan menjamu kami makan malam.

Ini adalah pertemuan fizikal pertama antara Presiden Biden dengan pemimpin dari blok serantau kita.

Awal dari itu, pemimpin Asean juga bertemu Majlis Perniagaan Amerika-Asean dan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat, serta dengan Setiausaha Perdagangan, Cik Gina Raimondo dan Wakil Perdagangan Amerika, Cik Katherine Tai, yang kededuanya mempunyai hubungan kerja rapat dengan Singapura.

Hari yang sangat sibuk, tetapi memberi manfaat. Sesi plenari sidang puncak bermula esok."

- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, memberikan rumusan jadual hariannya di Washington, semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >