Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden undang 40 pemimpin dunia sertai sidang iklim

Mar 27, 2021 | 09:42 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah mengundang 40 pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk menyertai sidang iklim maya pada April ini, umum Rumah Putih.


Amerika akan menjadi tuan rumah sidang tersebut dan Presiden Biden juga telah mengundang Presiden China, Encik Xi Jinping, dan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, meskipun hubungan dua hala antara Amerika dengan dua negara itu masih tegang.


Undangan Amerika kepada para pemimpin dunia ke sidang maya sepanjang dua hari itu mencerminkan kembalinya Amerika ke ‘barisan depan’ perjuangan menentang perubahan iklim yang disebabkan manusia.


Ini setelah mantan Presiden Amerika Donald Trump mengambil pendirian untuk tidak menyertai sidang sedemikian dan mengakhiri sumbangan Amerika kepada proses menangani perubahan iklim sejagat.


Mengulas mengenai undangan kepada Presiden Xi dan Presiden Putin, Encik Biden berkata: “Mereka sudah dimaklumkan yang mereka telah diundang,” ujar beliau.


“Bagaimanapun, saya belum lagi berbicara secara peribadi dengan mereka,” tambahnya.


Sidang maya itu dijadualkan pada 22 April ini sempena Hari Bumi dan bakal berlangsung sebelum pertemuan penting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Glascow, Scotland, mengenai perubahan iklim.


Presiden Biden telah menepati janji kempen pilihan raya presiden dengan menyertai semula perjanjian iklim Paris.


Langkah itu diambil pada hari pertamanya di Rumah Putih setelah Presiden Trump sebelum itu mengeluarkan Amerika dari perjanjian tersebut.


Dengan penyertaan semula Amerika – ekonomi terbesar dunia dan pengeluar karbon dioksida kedua terbesar dunia bermula 19 Februari itu – bermakna semua negara dunia kini telah menyertai perjanjian yang pertama kali dimeterai pada 2015.


Singapura sebelum ini telah mengalu-alukan penyertaan semula Amerika ke dalam perjanjian iklim Paris itu dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA), dalam satu kenyataan, menyifatkannya sebagai perkembangan positif yang mendorong rangsangan penting kepada usaha global menangani perubahan iklim secara kolektif.


Perjanjian iklim Paris itu antara lain menggariskan komitmen antarabangsa untuk mengurangkan pengeluaran karbon menjelang 2030.


Negara-negara yang menandatangani perjanjian itu bersetuju untuk mengekalkan pemanasan global kepada kurang daripada dua darjah Celsius di atas kadar pra-perindustrian dengan matlamat mengurangkannya kepada 1.5 darjah Celsius. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >