Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bila lembu naik kereta...

Dec 19, 2016 | 11:54 AM



PORT DICKSON (Negri Sembilan): Cubaan sekumpulan penjenayah melarikan dua lembu yang dicuri tidak kesampaian apabila kereta yang mereka naiki terbabas di tepi jalan di Telok Kemang, di sini, semalam.



Sumber berkata, dalam kejadian antara jam 5 hingga 6 pagi, penjenayah terbabit mencuri haiwan itu di kampung berdekatan dengan menyumbatnya dalam kereta jenis Perodua Bezza.



Kata sumber itu, sewaktu mahu melarikan haiwan itu, kereta yang dipandu seorang suspek hilang kawalan lalu terbabas.



"Akibatnya, kenderaan itu memasuki longkang. Disebabkan bimbang orang awam datang membantu sekali gus membongkar rahsia mereka, penjenayah melarikan diri dan meninggalkan kenderaan serta haiwan itu.



Kejadian disedari orang ramai yang melalui lokasi kejadian pada jam 8 pagi apabila mendapati kenderaan itu tersadai di tepi jalan. Ketika membuat pemeriksaan, orang ramai terkejut apabila mendapati dua lembu dalam kereta berkenaan," kata sumber itu di sini, semalam.



Berikutan penemuan itu, sepasukan anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.



"Polis masih menjalankan siasatan mengenal pasti dalang di sebalik kejadian ini," katanya. - HARIAN METRO




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >