Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bilangan korban kebakaran di Vietnam terus meningkat

Sep 8, 2022 | 6:23 PM
TERBAKAR: Seramai 32 orang terkorban menyusuli kebakaran di bangunan bar karaoke di sebuah kawasan perumahan di Thuan An di Vietnam ini.
TERBAKAR: Seramai 32 orang terkorban menyusuli kebakaran di bangunan bar karaoke di sebuah kawasan perumahan di Thuan An di Vietnam ini. - Foto AFP

HANOI: Jumlah mangsa yang terkorban akibat kebakaran di sebuah bar karaoke di bahagian selatan Vietnam telah meningkat kepada 32 orang, menurut media tempatan.

Pelanggan dan kakitangan bar karaoke itu terperangkap apabila api menjilat tingkat dua bangunan itu, dengan asap tebal memenuhi bahagian tangga dan pintu keluar kecemasan.

Ramai orang juga melarikan diri ke balkoni bangunan itu untuk mengelak daripada api yang cepat merebak itu.

Ada juga yang terpaksa terjun daripada bangunan itu untuk mengelak daripada api tersebut.

Beberapa gambar yang dirakam semasa kejadian itu turut menunjukkan asap tebal keluar dari bar yang terletak di sebuah kawasan perumahan di Thuan An itu sedang pegawai bomba cuba memadamkan api.

Akhbar tempatan Cong An Nhan Dan melaporkan bahawa kebakaran itu telah meragut nyawa 32 orang termasuk 17 lelaki dan 15 wanita.

Menurut media tempatan, kebakaran itu berpunca daripada masalah litar pintas elektrik.

Sebelum ini, kebakaran paling teruk di Vietnam meragut nyawa 13 orang akibat kebakaran di sebuah kompleks apartmen di Ho Chi Minh City pada 2018.

Pada 2016, sebuah kebakaran di sebuah tempat karaoke di Hanoi juga mengorbankan 13 orang.

Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, telah mengarahkan pemeriksaan lanjut terhadap tempat yang berisiko tinggi di negara itu, khususnya bar karaoke. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg