Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bill dan Melinda Gates bercerai selepas 27 tahun

May 05, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pengasas Microsoft, Encik Bill Gates dan isterinya, Cik Melinda, kelmarin mengumumkan perceraian selepas berkahwin 27 tahun.



Pengumuman itu dibuat mereka yang juga antara pasangan paling kaya dunia dengan nilai kekayaan AS$130 bilion ($173 bilion), menerusi Twitter.



"Selepas pertimbangan yang panjang dan usaha yang banyak untuk memulihkan hubungan, kami memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan kami," kata mereka.



Menurut kenyataan itu, mereka akan terus bekerjasama menerusi Yayasan Bill & Melinda Gates, program kebajikan yang menyalurkan dana kepada kesihatan global, kesaksamaan jantina dan pendidikan serta lain-lain lagi.



"Kami akan terus berkongsi misi dan akan terus bekerja bersama-sama di yayasan, tetapi tidak percaya dapat bersama-sama sebagai pasangan untuk fasa berikutnya dalam hidup kami."



Pengumuman itu dua tahun selepas pengasas Amazon, Jeff Bezos, yang juga antara individu terkaya dunia mengumumkan perceraian dengan isterinya, MacKenzie.



Encik Gates, 65 tahun, mengundur diri sebagai ketua eksekutif Microsoft pada 2008 untuk menumpukan lebih banyak usaha kepada kerja kebajikan dan kemudiannya meninggalkan lembaga pengarah syarikat itu, dengan hanya memegang pangkat sebagai 'pengasas dan penasihat teknologi'.



Isterinya, Cik Melinda, 56 tahun, berkahwin dengan pengasas Microsoft itu pada 1994 ketika dia bekerja dengan firma teknologi berkenaan.



Hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga anak.



Menerusi yayasan mereka, pasangan itu telah menyumbangkan lebih AS$50 bilion ($66.58 bilion).



Tidak dapat dipastikan sekiranya kedua-dua mereka telah menandatangani perjanjian pranikah dan bagaimana perceraian mereka akan memberi kesan terhadap kedermawanan mereka.



Yayasan Gates tidak memberi ulasan segera apabila diminta pihak media. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >