Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Bina HSR KL-S'pura: Beberapa cadangan sektor swasta diterima

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Beberapa cadangan telah diterima oleh kerajaan Malaysia dari sektor swasta berhubung hasrat mereka untuk membina Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura menggunakan pembiayaan swasta, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke.



"Ya, beberapa syarikat telah menghubungi, tetapi semuanya masih di peringkat awal. Tiada cadangan kukuh dan konkrit yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan buat masa ini," katanya pada Isnin dalam temuramah dengan dua stesen radio milik Star Media Group - 988 dan Suria FM.



"Perkara masih di peringkat awal," katanya sambil mengesahkan bahawa proses permintaan maklumat (RFI) untuk projek HSR sedang berjalan, dengan proses itu dijalankan oleh MyHSR Corporation Sdn Bhd - milik penuh Kementerian Kewangan, ditubuhkan untuk membangun dan melaksanakan projek tersebut.



Dalam cadangan asalnya, HSR KL-Singapura akan menyediakan perjalanan tanpa henti dari Bandar Malaysia di Kuala Lumpur ke Jurong East Singapura dalam masa tidak lebih daripada 90 minit.



Satu lagi perkhidmatan "transit" akan turut beroperasi di sepanjang perkhidmatan ekspres di perhentian Bandar Malaysia, Sepang-Putrajaya, Seremban, Melaka (Alor Gajah), Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Jurong East.



Terdapat juga tiga kemudahan Kastam, Imigresen & Kuarantin (CIQ) yang terletak bersama untuk membolehkan kedua-dua formaliti sempadan Malaysia dan Singapura di Bandar Malaysia, Iskandar Puteri dan Jurong East untuk membolehkan perjalanan lancar di kedua-dua arah.



Pada 8 Mac lalu, Encik Loke berkata di Parlimen bahawa HSR masih boleh dibina, selagi ia tidak melibatkan pembiayaan kerajaan.



Beliau berkata sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, kerajaan mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pihak swasta yang berhasrat meneruskan projek mega itu.



Pada 1 Jan 2021, Malaysia dan Singapura membuat pengumuman bersama mengenai pembatalan projek HSR kerana kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.



Cadangan pelaksanaannya telah dibatalkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.



Sementara itu, bagi mereka yang inginkan perjalanan lebih cepat antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru perlu menunggu dua tahun lagi, kerana proses elektrik bagi landasan berkembar KTM Bhd (KTMB) antara Gemas dan Johor Baru - dalam jarak 200 kilometer ditangguhkan sehingga pertengahan 2025.



Encik Loke berkata pandemik Covid-19 merupakan faktor memanjangkan penyiapan projek yang dijangka membolehkan perjalanan kelajuan sederhana menggunakan tren ETS KTM dari KL Sentral ke JB Sentral dalam masa kira-kira empat jam.



Jarak rel dari Kuala Lumpur ke Johor Baru adalah setanding dengan jarak dari Kuala Lumpur ke Butterworth, yang kini siap dalam masa empat jam menggunakan ETS. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >