Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bintang Bollywood Sanjay Dutt dibebas dari penjara

Feb 26, 2016 | 2:52 PM
Sanjay Dutt bergambar bersama keluarganya, Manyata, dan anak mereka, Shahraan (kiri) dan Iqraa, semasa sidang media di Mumbai pada 25 Februari 2016, selepas beliau dibebaskan dari Penjara Yerwada, Pune. Gambar AFP
Sanjay Dutt bergambar bersama keluarganya, Manyata, dan anak mereka, Shahraan (kiri) dan Iqraa, semasa sidang media di Mumbai pada 25 Februari 2016, selepas beliau dibebaskan dari Penjara Yerwada, Pune. Gambar AFP -

MUMBAI: Pelakon Bollywood Sanjay Dutt dibebaskan dari penjara pada Khamis (25 Feb), selepas meringkuk kira-kira empat tahun kerana memiliki senjata yang dibekalkan oleh mafia yang mendalangi satu siri letupan bom di Mumbai pada 1993.

Bintang berusia 56 tahun itu dibebaskan di bandar barat Pune lapan bulan lebih awal daripada jadual kerana berkelakuan baik.

Dutt dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah pada 2006. Pada Mac 2013, tempoh itu dikurangkan kepada lima tahun.

Aktivis dengan tegas menentang pembebasannya, mendakwa beliau diberi rawatan khas. Bagaimanapun, kerajaan negeri Maharashtra dan peguam Dutt berkata keputusan membebaskan beliau awal itu dibuat "mengikut prosedur biasa".

Pelakon itu menjadi terkenal pada pertengahan 1980-an dalam filem aksi dengan melakukan aksi sendiri, hingga mendapat nama samaran 'Deadly Dutt'.

Serangan pada 1993 itu, yang mengorbankan 257 orang, dipercayai dilakukan oleh pemimpin kongsi gelap Muslim, bagi membalas dendam terhadap rusuhan agama di mana kebanyakan yang terkorban orang Islam, selepas sebuah masjid kuno di Uttar Pradesh dirobohkan.

Dutt didapati bersalah memiliki senapang automatik dan pistol, sebahagian daripada senjata yang dibawa ke Mumbai sebelum serangan itu.

Pelakon itu, yang ibunya, seorang Muslim, dan bapanya, seorang Hindu, juga bintang filem besar India, menegaskan bahawa senjata itu hanya bertujuan melindungi keluarganya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg