Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BioNTech melihat potensi bekal 3 bilion dos vaksin pada 2022

Mar 10, 2021 | 07:58 PM



NEW YORK: Syarikat bioteknologi Jerman, BioNTech, berupaya menambah penghasilan tiga bilion dos vaksin Covid-19 dengan rakan kerjasama Pfizer tahun depan, jelas ketua pegawai eksekutif (CEO)-nya, Dr Ugur Sahin pada Selasa (9 Mac).



Beliau turut menjelaskan, suntikan vaksin perintis ini lebih jauh jangkauannya merata dunia dengan misi ini, lapor agensi berita. 



"Secara prinsip, kami boleh menambah lagi keupayaan pengeluaran kami. Ia bergantung pada permintaan dan faktor seperti jika tambahan vaksinasi ini diperlukan," kata Dr Sahin.



Permintaan kian bertambah merata dunia bagi vaksin Covid-19 sehinggakan negara-negara merata dunia terdesak menyegarkan kembali ekonomi mereka, kembalikan anak-anak ke sekolah dan orang ramai ke pejabat atau kedai.



Kedua-dua Amerika dan Eropah malahan meminta agar kiriman vaksin dipercepatkan tahun ini sedang varian virus baru lebih mengganas tersebar.



"Kami sudah mempunyai 1.3 bilion tempahan yang sudah ditetapkan. Kami sedang berbincang tentang dos tambahan, ratusan juta dos sebagai pilihan dengan pertubuhan pemerintah," kata Dr Sahin.



Saham BioNTech dikatakan meningkat setinggi 1.3 peratus awal-awal lagi pada Rabu di Frankfurt.



Kedua-dua syarikat ini sudah memberi komitmen menghasilkan dua bilion dos bagi dua suntikan vaksin tahun ini. Pfizer berjanji akan mengirimkan dua pertiga daripada tempahan 300 juta dos yang dipesan Amerika menjelang hujung Mei ini.



Di Kesatuan Eropah (EU), rakan kerjasama ini sudah berjanji akan mengirimkan sekurang-kurangnya 500 juta dos tahun ini, dengan pilihan menambah lagi 100 juta dos.



Pfizer juga meramalkan ia akan meraih sekitar AS$15 bilion ($20.2 bilion) dari segi pendapatan tahun ini hasil jualan vaksin Covid. CEO Pfizer, Encik Albert Boula juga menjangkakan harga suntikan dos vaksin ini mungkin meningkat. 



 



Sedang kempen vaksin dipertingkatkan, Dr Sahin optimistik vaksinasi dapat dilancarkan tahun ini dan tahun depan.



"Saya sangat yakin kami dapat menyediakan vaksin di Eropah dan Amerika dengan setiap orang yang memerlukan vaksin akan dapat vaksin menjelang penghujung musim panas ini," katanya.



Menurutnya lagi, sekitar 2022, diharapkan vaksin yang ada mencukupi bagi memberi suntikan kepada penduduk merata dunia. - Agensi berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >