Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Blinken: China mahu percepat tindakan ambil semula Taiwan

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, kelmarin berkata bahawa China telah menolak status quo lama berkenaan Taiwan, mengulangi penilaian bahawa Beijing mempercepatkan garis masanya untuk mengambil pulau itu.



Kenyataannya itu dibuat selepas Presiden China, Encik Xi Jinping, mencipta sejarah apabila beliau memperoleh penggal ketiga dan Taiwan meramalkan tekanan lebih tinggi dalam bidang diplomatik.



Encik Blinken berkata dasar status quo empat dekad - di mana Amerika Syarikat hanya mengiktiraf Beijing tetapi membekalkan senjata kepada Taiwan untuk pertahanannya sendiri - telah "membantu memastikan tidak akan ada konflik antara Amerika Syarikat dan China mengenai Taiwan."



"Apa yang berubah ialah ini - keputusan oleh pemerintah di Beijing bahawa status quo itu tidak lagi boleh diterima, bahawa mereka mahu mempercepatkan proses di mana mereka akan meneruskan penyatuan semula," kata Encik Blinken dalam satu acara di Bloomberg News.



China telah membuat keputusan mengenai "paksaan dan menyukarkan kehidupan dalam pelbagai cara di Taiwan dengan harapan itu akan mempercepatkan penyatuan semula, tetapi juga berpegang kepada kemungkinan, jika usaha itu tidak berjaya, mahu menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka," kata Encik Blinken.



Beliau, yang memberikan penilaian yang sama dalam penampilan baru-baru ini di Universiti Stanford, menunjuk kepada penempatan pasukan dan latihan ketenteraan utama Beijing pada Ogos berikutan lawatan Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, ke Taiwan.



Diplomat tertinggi Amerika Syarikat itu berkata status quo juga telah membolehkan Taiwan berkembang pesat, yang telah menjadi kuasa global yang dominan dalam pembuatan semikonduktor termaju yang penting untuk kereta, peralatan dan elektronik pengguna.



"Sekiranya ia terganggu atas apa-apa sebab, ia akan memberi kesan yang sangat ketara kepada ekonomi global," kata Encik Blinken.



Tekanan ke atas Taiwan "harus menjadi kebimbangan bukan sahaja untuk Amerika Syarikat, tetapi untuk negara bukan sahaja di rantau ini, tetapi di seluruh dunia," katanya.



Beijing telah berikrar mengawal Taiwan yang memerintah sendiri, di mana pihak nasionalis yang dikalahkan di tanah besar negara itu melarikan diri pada 1949 tetapi sejak itu, telah berkembang menjadi sebuah demokrasi yang bertenaga.



Amerika Syarikat mengubah pengiktirafan dari Taipei ke Beijing pada 1979 dan kini hanya 14 negara mengiktiraf Taiwan.



Menteri Luar Taiwan, Encik Joseph Wu, berkata awal pada hari Rabu bahawa beliau menjangkakan pegawai China di bawah Encik Xi akan berusaha lebih keras untuk mengasingkan sekutu terakhir Taipei.



"Boleh dibayangkan bahawa keadaan diplomatik kita akan menjadi lebih suram," kata Encik Wu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >