Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Blinken telefon Menlu Qatar, Mesir dan Saudi bincang Gaza

May 18, 2021 | 05:30 AM



KAHIRAH: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, membincangkan keganasan di Israel, Tebing Barat dan Gaza menerusi beberapa panggilan telefon dengan menteri luar Qatar, Mesir dan Arab Saudi, dedah Jabatan Negara Amerika kelmarin.



Encik Blinken dan Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani dari Qatar membincangkan "usaha memulihkan keamanan di Israel dan Tebing Barat serta Gaza ekoran kehilangan nyawa orang awam yang tragik", ujar jabatan itu.



Kementerian Luar Qatar mengatakan dalam satu kenyataan dua pemimpin kanan itu membincangkan "serangan Israel baru-baru ini terhadap jemaah di kompleks Masjid Al-Aqsa dan serangan di Jaluran Gaza yang dikepung".



Sheikh Al-Thani menekankan "perlunya tindakan segera oleh masyarakat antarabangsa untuk menghentikan serangan berulang kali Israel yang kejam terhadap orang awam di Gaza dan Masjid Al-Aqsa".



Sementara itu, sekumpulan senator Amerika kelmarin meminta diadakan gencatan senjata.



Senator Demokrat, Encik Chris Murphy, dan Republikan, Encik Todd Young, seorang anggota kanan panel hubungan luar negara, mengatakan dalam satu kenyataan:



"Akibat serangan roket Hamas dan tindakan balas Israel, kedua-dua pihak harus mengakui bahawa terlalu banyak nyawa telah hilang dan tidak harus meningkatkan konflik lebih jauh."



Seramai 25 senator Demokrat lain dan dua senator bebas mengeluarkan kenyataan serupa, yang menggesa gencatan senjata segera.



Dalam satu panggilan telefonnya dengan Menteri Luar Mesir, Encik Sameh Shoukry, Encik Blinken "mengulangi seruannya kepada semua pihak supaya mengurangkan ketegangan dan menghentikan keganasan, yang telah meragut nyawa orang awam Israel dan Palestin, termasuk kanak-kanak", kata Jabatan Negara.



Selain itu, agensi berita Arab Saudi, SPA, melaporkan kelmarin bahawa Encik Blinken juga menghubungi Menteri Luar kerajaan itu, Putera Faisal Farhan Al Saud, untuk membincangkan perkembangan terkini "di Palestin dan di rantau itu".



Jabatan Negara Amerika mengatakan dua pemimpin itu membincangkan "usaha yang sedang dilakukan untuk mengurangkan ketegangan di Israel dan Tebing Barat serta Gaza dan menghentikan keganasan".



Encik Al-Thani juga membuat panggilan telefon kepada Encik Shoukry kelmarin, dan mereka meninjau "hubungan kerjasama dua hala dan perkembangan di Palestin", kata Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan berasingan.



Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan pula mengatakan dua menteri itu sepakat mengenai "pentingnya berusaha mencapai gencatan senjata segera antara dua pihak itu, dan mereka juga setuju untuk terus melakukan penyelarasan dalam kerangka dua hala, selain di rantau itu dan antarabangsa, mengenai apa kepentingan rakyat Palestin dan mencapai gencatan senjata".



Usaha gencatan senjata oleh Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejauh ini tidak menunjukkan tanda kemajuan.



Sementara itu, Israel terus melancarkan puluhan serangan udara di Gaza dan kumpulan militan Hamas meneruskan serangan roketnya ke beberapa bandar Israel dalam pertempuran yang memasuki minggu kedua.



Jalan raya, bangunan keselamatan, kem latihan dan apa yang disifatkan Israel sebagai rumah militan dibom dalam serangan Israel yang tertumpu di bandar Gaza, kata saksi. Tepat pada tengah malam kelmarin, militan Hamas melancarkan roket di bandar selatan Is rael, Beersheba dan Ashkelon. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >