Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Blinken umum bantuan Amerika bagi Gaza, berikrar buka semula konsulat di Baitulmakdis

May 26, 2021 | 10:41 AM
Antony Blinken (kiri) mengutarakan komitmen Amerika terhadap pembinaan semula Palestin semasa mengadakan lawan ke Ramallah. Di sisinya ialah Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Antony Blinken (kiri) mengutarakan komitmen Amerika terhadap pembinaan semula Palestin semasa mengadakan lawan ke Ramallah. Di sisinya ialah Presiden Palestin Mahmoud Abbas. - AFP

BAITULMAKDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken telah berikar bahawa Washington akan menyediakan dana baru untuk membantu membina semula Gaza, sebahagian usaha memperkukuh gencatan senjata antara pemimpinnya Hamas dengan Israel.

Dalam langkah yang dianggap menerbalikkan tindakan mantan presiden Donald Trump yang mencetus kemarahan warga Palestin, Blinken berkata Amerika akan mempercepat proses membuka semula konsulatnya di Baitulmakdis yang berperanan sebagai saluran diplomatik bagi warga Palestin.

Bercakap di sisi Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ramallah, di Tebing Barat, Blinken berkata Amerika akan menyediakan dana tambahan AS$75 juta ($100 juta) sebagai dana pembangunan dan ekonomi Palestin pada 2021, AS$5.5 juta sebagai bantuan bencana segera dan AS$32 juta kepada agensi bantuan Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg