Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BN boikot pilihan raya kecil Port Dickson, PAS belum putuskan bertanding

Sep 26, 2018 | 05:30 AM



PORT DICKSON: Pakatan Harapan (PH) sudah pun menamakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson.



Namun, Barisan Nasional (BN) pula mengesahkan ia tidak akan bertanding merebut kerusi itu, yang nampaknya akan memberikan laluan mudah kepada Datuk Seri Anwar.



Mesyuarat Biro Politik Umno kelmarin memutuskan 'memboikot' Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang akan berlangsung tidak lama lagi kerana pertandingan berkenaan hanya semata-mata memenuhi cita-cita politik individu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Selain itu, ujarnya lagi, beliau juga telah mengadakan rundingan dengan parti komponen lain iaitu Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan mereka juga bersetuju tidak bertanding di kerusi itu.



"Ertinya, kita tidak akan letakkan sebarang calon yang mewakili mana-mana parti Barisan Nasional (BN), atau atas nama BN," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn kelmarin.



Ditanya sekiranya Umno dan BN akan membantu Parti Islam SeMalaysia (PAS) sekiranya parti itu ingin meletakkan calon, Datuk Ahmad Zahid berkata keputusan akan diperhalusi berdasarkan 'case-to-case' (bergantung kepada keadaan).



"Saya fikir pandangan kami oleh kerana penglibatan kami adalah case to casebasis, maka tentunya jika ada calon PAS bertanding, maka kita rasakan bahawa kita tidak ada perundingan ke arah untuk memberikan sokongan atau menyediakan jentera kerana keputusan kami memboikot pilihan raya Port Dickson itu," katanya.



Keputusan sama ada PAS bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson hanya akan diketahui selewat-lewatnya pagi esok.



Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semalam berkata parti berkenaan akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa sehari dua ini bagi membuat keputusan mengenai perkara berkenaan.



"PAS perlu melihat pelbagai aspek dan menimbangkan segala keperluan sebelum membuat keputusan. Ini kerana secara dasarnya, Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson bukanlah satu keperluan yang terdesak kerana kerusinya sengaja dikosongkan untuk tujuan tertentu, " katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.



Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum ini berkata parti itu sedia bertanding pada Pilihan Raya Kecil berkenaan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya parti pembangkang lain termasuk Umno tidak meletakkan calon.



Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak mahu PKR memenangi Pilihan Raya Kecil berkenaan tanpa saingan, justeru jika tiada parti lain yang ingin bertanding, PAS bersedia.



"Namun, melihat kepada perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil itu, ada beberapa pihak termasuk sebuah parti yang sudah mengesahkan akan bertanding. Jadi, semua itu akan diteliti dalam mesyuarat kelak," katanya.



Sebenarnya, ramai yang mahu menyaksikan pertarungan tradisi satu lawan satu antara PKR dan BN bagi merebut kerusi Parlimen itu.



Namun, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan sebuah badan bukan kerajaan menyatakan hasrat untuk turut bertanding pada Pilihan Raya Kecil itu, yang akan diadakan 13 Oktober ini.



Keputusan tentang siapa yang sebenarnya bertanding bakal diketahui pada penamaan calon Pilihan Raya Kecil itu Sabtu ini.



Pilihan Raya Kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68 tahun, bagi memberi laluan kepada Datuk Anwar untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.



Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas, Datuk Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Encik Mahfuz Roslan daripada PAS.



Pada 5 Ogos lalu, Datuk Seri Anwar, 71 tahun, menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR pada hari penamaan calon sempena pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR 2018, bagi menggantikan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang telah memegang jawatan itu sejak parti tersebut diasaskan pada 1999.



Selepas kemenangan PH pada PRU14, Datuk Anwar menegaskan beliau tidak akan tergesa-gesa menjadi perdana menteri kelapan sebaliknya langkah bertanding di Port Dickson adalah bagi membolehkannya kembali bersuara di Parlimen.



Rakan-rakan sekutu PKR dalam PH - Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara - turut memberi sokongan penuh kepada Datuk Anwar untuk bertanding kerusi Parlimen itu bagi memastikan kemenangan PH serta merealisasikan peralihan jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Anwar nanti. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >