Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

BN dijangka menang besar dalam pilihan raya Melaka

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

BN dijangka menang besar dalam pilihan raya Melaka

Nov 20, 2021 | 09:30 PM

MELAKA: Barisan Nasional (BN) dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekali gus bakal membentuk kerajaan apabila menang 19 kerusi setakat kini berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga 8.30 malam.

Keputusan tidak rasmi itu diumumkan  Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Pusat Gerakan parti itu di Ayer Keroh, malam ini (20 Nov).

Sebelum ini, BN menang 13 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan tewas buat pertama di tangan Pakatan Harapan (PH). 

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN hampir pasti menguasai semula Melaka selepas mendahului 19 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Melaka hingga 9 malam tadi.

DUN tersebut ialah Tanjung Bidara, Merlimau, Machap Jaya, Lendu dan Kuala Linggi yang sudah dimenangi BN, sebaik selesai kiraan di semua saluran mengundi.

Kerusi DUN lain yang hampir pasti dimenangi BN adalah Telok Mas, Tabuh Naning, Sungai Rambai, Asahan, dan Rim, menurut laporan media Malaysia.

Hingga 10 malam tadi, Pakatan Harapan (PH) menerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) memenangi empat kerusi termasuk di Bandar Hilir, Kota Laksamana dan Ayer Keroh.

Perikatan Nasional (PN) belum memenangi apa-apa kerusi hingga 8.30 malam tadi.

Suruhanjaya Pilihanraya dijangka mengumumkan keputusan rasmi 10 malam.  – Agensi

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3