KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, hari ini (4 Julai) dengan kemenangan besar 12,650 undi. BN diwakili calonnya, Mohd Sharim Md Zain, meraih 13,872 undi, mengatasi dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli, masing-masing memperoleh 1,222 dan 137 undi. Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Chini, Datuk Zaliza Zulkipli, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Pekan, Pahang sebentar tadi. - BHM


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg