Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bocor data HIV: Brochev mungkin tipu niaga pendidikan di HK

Feb 22, 2019 | 05:30 AM



HONGKONG: Mikhy Farrera Brochez, warga Amerika Syarikat yang dikehendaki di Singapura kerana membocorkan maklumat peribadi dalam talian 14,200 individu yang mempunyai HIV, mungkin telah melakukan penipuan di Hongkong, menurut media Hongkong.



South China Morning Post (SCMP) melaporkan bahawa Brochez pernah menjalankan perniagaan berkaitan pendidikan di Hongkong, yang mengenakan bayaran HK$8,000 ($1,380) bagi setiap penilaian kanak-kanak berkeperluan khas.



Brochez, 34 tahun, yang memalsukan sijil dan kelayakannya serta berbohong kononnya dia ahli psikologi kanak-kanak, berkelayakan untuk mendapatkan pekerjaan mengajar di Singapura, dinamakan sebagai pengarah eksekutif di sebuah pertubuhan Hongkong, Guia Education, sebagaimana dilihat pada laman webnya.



Di Facebook, Guia berkata ia "menyediakan intervensi awal yang disesuaikan bagi semua kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas oleh pasukan profesional mahir".



Di bawah 'Tarikh Pengasas' di profil pusat itu, ia menyenaraikan 'Mikhy Farrera-Brochez'.



Guia Education menyenaraikan kelayakannya sebagai 'APA, APS, MCollT, MS DPSY, DipED'. APA merujuk kepada Persatuan Psikologi Amerika dan APS kepada Persatuan Fisiologi Amerika.



Jurucakap APA memberitahu SCMP baik Brochez mahupun sembarang kakitangan Guia Education bukan ahli dalam pangkalan datanyA.



Penyiasat Singapura sebelum ini mendedahkan bahawa sijil pendidikan Brochez, termasuk ijazah kedoktoran dalam psikologi dan pendidikan daripada Universiti Paris, adalah palsu.



Menukil peguam veteran Hongkong Albert Luk Wai Hung, SCMP berkata Brochez boleh menghadapi tuduhan penipuan jika dia menggunakan kelayakan palsu untuk menawarkan perkhidmatannya kepada ibu bapa.



"Itu kerana anda memberitahu pelanggan anda bahawa anda mempunyai kelayakan seperti itu sedangkan sebenarnya anda tidak ada," kata Encik Luk.



Brochez, yang dihantar pulang dari Singapura pada April tahun lalu selepas menjalani hukuman penjara kerana beberapa kesalahan berkaitan penipuan dan dadah, ditangkap kerana kesalahan menceroboh di rumah ibunya, Cik Teresa King, pada 8 Disember lalu di Clark County, Kentucky, Amerika.



Dia, yang positif HIV, dijadualkan hadir di mahkamah lagi pada 4 Mac selepas penampilan pertamanya Isnin lalu.



Pangkalan data HIV Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dibocorkan pada 22 Januari lalu oleh Brochez, yang mendapati data itu setelah pasangannya, Ler Teck Siang, ketua Unit Kesihatan Awam Kebangsaan kementerian itu dari Mac 2012 hingga Mei 2013 yang mempunyai akses ke Pejabat Pendaftaran HIV bagi kerjanya, dikatakan memuat turun maklumat rahsia itu ke pemacu ibu jari.



Ler, 37 tahun, telah didakwa di Singapura di bawah Akta Rahsia Rasmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >