Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Boleh teruskan latihan tentera di AS: Eng Hen sampaikan penghargaan S'pura

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON D.C: Singapura melahirkan penghargaan atas sokongan berterusan Amerika Syarikat (AS) dalam membolehkan angkatan tentera republik ini meneruskan latihan di negara itu, termasuk menyediakan pangkalan untuk tiga unit latihan angkatan tentera udara negara ini.



Ini disampaikan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen semasa pertemuannya dengan pemimpin kanan masa ini dan terdahulu AS sempena lawatan ke Washington D.C selama tiga hari yang berakhir hari ini.



Semasa pertemuan ini, Dr Ng mengulangi "kerjasama pertahanan yang cemerlang dan cukup panjang antara Singapura dan AS," kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataannya.



Semasa lawatan yang dilakukan kelmarin dan semalam, Dr Ng telah bertemu dengan Anggota Jawatankuasa Senat Perkhidmatan Tentera, Senator Tom Cotton dan Senator Tammy Duckworth; mantan Setiausaha Pertahanan yang juga Kaunselor Kanan Kumpulan Cohen, Encik James Mattis; dan, mantan Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Dasar merangkap Pengerusi Keselamatan Amerika Baru, Cik Michèle Flournoy.



Dr Ng juga bercakap dengan mantan setiausaha pertahanan dan zamil kehormat John S. McCain, Encik Mark Esper menerusi telefon.



Dalam pertemuan dan perbualan mereka, kedua-dua pihak membincangkan perkembangan geopolitik dan cabaran keselamatan di rantau Asia Pasifik.



Dr Ng dijadualkan bertemu Setiausaha Pertahanan AS, Encik Lloyd Austin semalam dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Institut Brookings, Encik John Allen dan berucap di Forum ke-12 Keselamatan Aspen.



Dr Ng menulis di Facebook semalam bahawa pertemuannya itu berlangsung dalam suasana mesra dan bermanfaat.



"Pemimpin pemikir dan pempengaruh ini tahu bahawa Amerika perlu menyegarkan ekonominya, mengembangkan dasar perdagangan dan ehwal luar yang tekal dan boleh difahami yang harus memanfaatkan AS dan dunia," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >