Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bom buatan sendiri ditemui di bawah kereta sorong jajaan di Jawa Tengah

Dec 28, 2016 | 02:44 PM



MAGELANG (Jawa Tengah): Seorang penduduk di Magelang menemui sebuah bom buatan sendiri yang diletak di bawah kereta sorong ladu ikan goreng jalanan pada Selasa (27 Dis).

Dibungkus di dalam sebuah beg tangan wanita berwarna coklat, bom itu mengandungi serbuk peluru, litar, kabel dan sebuah jam tangan, yang semuanya dibalut dengan pita coklat.

Terdapat sekeping kertas dengan mesej dalam bahasa Arab dalam bungkusan tersebut.

"Ia satu litar bom. Terdapat serbuk peluru seberat kira-kira dua auns," kata jurucakap Polis Jawa Tengah, Komander Kanan Djarod Padakova, di Semarang pada Selasa.

Seorang penduduk Magelang, Encik Arif Rohman, menemui bom itu apabila beliau bersiap untuk jualan satenya di Jalan Pahlawan, Tegalrejo, pada kira-kira 4.30 pagi.

Beliau kemudian mengambil beg itu dari bawah kereta sorong tersebut dan meletaknya di atas kerusi kayu di depan sebuah farmasi.

Dek ingin tahu kandungannya, Encik Arif membuka beg itu dan menemui bom tersebut dengan sehelai kertas yang tertera tulisan Arab. Beliau melaporkan perkara itu kepada ketua persatuan kejiranan di kawasan itu.

Polis mengepung lokasi tersebut menyusuli laporan oleh Encik Arif dan beberapa penduduk tempatan lain pada 6.30 pagi.

"Skuad bom polis melupuskannya [JIHANDAK] pada kira-kira 1 petang," kata Komander Djarod.

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan jenis bahan letupan itu dan apakah ia gred tinggi atau rendah, ujarnya. - Jakarta Post/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >