Topik diikuti
Pergi ke BHkuBom kelab malam di Puchong: 2 penyokong ISIS dijel 25 tahun
BOM KELAB MALAM: Imam Wahyudin Karjono dan Jonius Ondie Jahali (dua dari kanan) dihukum penjara 25 tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengebom kelab malam Movida dan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas. - Foto BHM
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 30, 2017 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Dua lelaki dihukum penjara 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyokong kumpulan militan Daesh (ISIS) dan pengeboman kelab malam Movida di Puchong pada Jun lalu.
Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas tertuduh, Imam Wahyudin Karjono, 21 tahun, dan Jonius Ondie, 25 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan secara berasingan.
