Topik diikuti
Pergi ke BHkuBom milik militan boleh bunuh ribuan penduduk: Ketua Polis M'sia
Premium
Bom milik militan boleh bunuh ribuan penduduk: Ketua Polis M'sia
Bom milik militan boleh bunuh ribuan penduduk: Ketua Polis M'sia
TINDAKAN PANTAS: Ketua Polis Negara yang baru dilantik, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sewaktu sidang akhbar menunjukkan senjata dan bahan letupan yang dirampas. - Foto The Star -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
May 15, 2019 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Mereka bersenjatakan enam bom buatan sendiri (IED) yang dapat membunuh ribuan penduduk di bandar raya ini jika rancangan mereka berjaya.
Sel wolf pack (bersatu kerana taat dan hormat kepada satu sama lain) kumpulan militan ISIS itu hampir melaksanakan rancangan mereka, menyasarkan empat VIP (orang sangat penting) dan juga rumah ibadat bukan Islam di Lembah Klang apabila pegawai Divisyen Kaunter Pengganasan (E8) polis Malaysia melancarkan dan menangkap mereka sebaik sahaja Ramadan bermula.
